Sapa yang guna bahasa --- SENGAL, POYO, tahap gaban, Natasya
Orang yang umur berapa guna --- siut, lahabau, toyer, tur, pawagam, tandas, cun, kaki lima, piat, bondis, Melur, Rokiah
Orang umur berapa yang kata/guna -- sekeh, pigang (to hold), jamban, molek, lesing, anjung, Siput, Seman .
Ishhh banyak lagi la...tambah-tambah la ye..
Saya blog ini kerana saya kerap berbual/tumpangkan seorang jamaah masjid yang umurnya dah masuk >80 tahun... bahasa yang Haji tu pakai antara lain yang saya ingat ialah --- PLETOK dan PLE'OT...
.peh... saper tau maknanya? kawan pun main agak-agak je, tengok struktur ayat yang atuk tu guna...
.>> anak tak payah hantar sampai depan rumah, jalan masuk kat situ pletok-pletok....
.>> dah tua ni bukan boleh jalan laju-laju, takut terPLE'OT kat tengah jalan, susah nanti...
.
saya rasa/agak-agak je...(PLE'OT = jatuh/tersungkur/gelincir, dan mungkin boleh juga = MATI... tengok ayat @ flexible ...).........(PLETOK = jalan berlubang/jalan kecik @ sempit/jalan susah nak berselisih/jalan banyak belok-belok @ flexible)
jom cuba tengok ayat-ayat ni ---
1. aku boring la dengan si Omar tu, selalu je dia PLETOK rokok aku, kalau hari-hari macam ni terPLE'OT la aku...
2. setiap hari Ali diPLETOK bapanya hingga Ali terasa bagaikan mahu terPLE'OT.
(so, boleh le faham agak-agak kan...)
4 comments:
(asyik ketawa baca cerita ni) nukilan yg bagus..
gitu la, dah berbual dengan orang lama, kalau berbual dengan budak-budak pun serupa tu, kena main agak-agak
kalau bebudak aku masa di sms, top dgn "sial" kantoi untuk budak kl, kantol budak jb ...apa lagi ekk
la ni dah tak pakai lagi tu, macam-macam words keluaq muncul dah...
Post a Comment