Saturday, February 28, 2009

apa hukum membeli Proton Exora

Lepas blog pasal Proton, saya dimaklumkan melalui email pembaca blog ini (terimakasih), saya sedut petikan dari web blog Ust. Zaharuddin - (tidak diedit)

........Jelas dari berita di atas dan lain-lain berita yang boleh kita temui dari pelbagai web berIta nasional. Tempahan sudah dibuat sedangkan subject matter atau kereta itu masih belum diketahui bentuk sebenar luar dalam, harga tepat dan macam-macam lagi.
Hukum asal bagi setiap pembelian sebegini adalah HARAM disebabkan wujudnya gharar atau uncertainty harga, bentuk dan ciri specific kereta tersebut. Pembelian ini boleh dikategorikan sebagai Istisna' iaitu pembelian sesuatu barangan yang akan disiapkan oleh penjual melalui proses perkilangan dan pembuatan.
Beirkut adalah beberapa syarat utama secara ringkas yang mesti dijaga dalam jual beli bentuk tempahan baranagn pembuatan ini :
1) Kemestian menjelaskan sifat-sifat barang yang diingini dengan jelas.
2) Menetapkan tempoh siap pembuatan sama ada panjang atau pendeknya. Kecuali mazhab Hanafi tidak mensyaratkan sebarang tempoh tertentu, kerana itu adalah syarat dalam jualan as-Salam.

3) Sebelum pembuat memulakan kerja, status aqad adalah ghayru lazim ( boleh dibatalkan oleh sebelah pihak walau tanpa persetujuan yang lain), namun setelah kerja tamat sebelum diberikan kepada penempah, aqad telah bertukar menjadi lazim (hanya boleh dibatal dengan persetujuan kedua belah pihak). Adapun, jika hasil kerja pembuat berbeza dengan perincian sifat yang ditempah, penempah boleh memilih sama ada untuk meneruskannya. Keputusan Akademi Fiqh OIC dan Majlis Syariah Majis Perakauan dan Kewangan Islam sedunia memutuskan bahawa istisna adalah aqad lazim.....

Untuk bacaan lebih lanjut & terperinci, sila klik SINI.

Friday, February 27, 2009

Perusahaan Otomobil Nasional, PROTON Exora & Saga

proton exora

Toyota Wish + Grand Livina + Waja = Proton Exora? Proton EXORA (malay>> eks-zo-ra). Tentative OTR (HL) = RM76,000. Colours Available - Genetic Silver, Tranquility Black, Gaia Blue, Blue Haze, Pyrite Brown. Ready with 5-spoke alloy wheels 195/65R 15"rims + bluetooth + LCD monitor/DVD etc. I was told Proton received almost 1,000 bookings (since 21 Feb) for this model (booking without hugging the car!!! actually no Exora in showroom yet - but due to excellent Proton's quality - Proton Exora managed to seduce customers' trust - no need to view, just do booking. Looking at the pic and opportunity to sneak preview during Proton's Open Day this Proton MPV can be considered as new achievement to Proton. Congrats to Proton and to all hardworking group of friends there in Proton. My worry is only on its 1.6 engine --- whether can carry 7-seater as fast as Innova/Wish/Hyundai etc - or have to struggle a little bit more...How's the test drive @ Bukit Putus, Genting, Fraser's Hill, Cameron, Jelapang...?
.
Update: Please read posting by Ustaz Zaharuddin on Proton MPV: Tempahan & Ulasan Hukum (thanks to blog reader & email).
Pic - Proton Saga 1.3 BLM
Klik untuk besarkan - ada tulis -
ruang bagasi 413 liter, boleh muat 50 biji durian besar
kata Datuk David Arumugam (Alleycats)
---

(Dato' Nadzmi, Dato' Syed, Kak Faridah) Saya kesian kat Atuk Sedara saya, dia baru 7 bulan beli/guna Proton Saga 1.3 (macam gambar kat bawah ni, warna biru gitu-gitu). Tapi nak wat camana, mungkin bukan rezeki dia, power window dah rosak/tak leh turun/naik cermin, reverse sensor nak bunyi macam tak nak bunyi, tempat kunci tak leh pusing (camana nak hidupkan enjin?) terpaksa kena tow pi bengkel, ganti baru. Body pulak tidak diinsulate bunyi dengan jerap -- boleh dengar bunyi motor/kereta yang lalu kat tepi walaupun tingkap tutup habis, kalau mat rempit lalu, boleh terkejut Atuk. Nasib baik la under warranty - tapi Atuk macam frust je, kereta baru beli tapi dah ulang alik Pusat Servis EON bertauliah (authorised service center). Dia habaq kat saya (masa pi ikut dia tukaq power window regulator/motor) --- bukan masalah kereta under warranty tapi leceh la, tak larat nak ulang alik workshop...
.
Saya berdoa semoga Atuk sedara saya tu terus tabah dan cekal menggunakan Proton Saga 1.3 barunya itu.

Thursday, February 26, 2009

Ceramah Umum - Masjid Abu Bakar As-Siddiq

Ceramah UMUM
Tarikh: 28 Februari 2009 (Sabtu)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Dewan Solat Masjid, SS19, Subang Jaya
.
Penceramah: En. Tajudin Abd. Rahim (Bekas Pegawai Kanan Paderi Kristian)
Tajuk: Konsep Penghayatan Iman & Akidah.
.
Semua dijemput hadir.

roJaK cEndOl



Dari KK terbang ke Bali
Teringin memakan pekasam keli
...Cendol dan rojak dimakan sekali
...Berkongsi hidup semenjak azali
.
Ramai orang terlanggar bahu
Tempatnya kecil diasak sakan
Nak berdiri pun tak boleh nak kangkang
...Ingin sungguh saya nak tahu
...Mengapa cendol enak dimakan
...Di bawah pokok di tepi longkang?

Wednesday, February 25, 2009

emosi--nafsu--akal

4 reminders specially for me and 1 for you. Ratio -- 4:1.

when emotion runs high, intelligence will be at the lowest

(translate ikut suka hati) bila emosi (nafsu) naik ke kepala, akal akan turun ke kaki

(translate ikut loghat orang Utara) hang akai boh kat mana...kat kepala lutuit ka...
.
...setuju tak?

Monday, February 23, 2009

MoNdAy...!!!

Ommmm AqAq Aaaaaab datttttt rummmm...(Hidup Kedah!!!)
apaa habaaaaaq??? hang jangan dok loqlak. hang penin ka?

Sunday, February 22, 2009

Saluran 4 & 5 dipenuhi VIRUS ???

(POLITIK)
.
Saya sangat tidak setuju membaca Mingguan Utusan (artikel Zulkiflee Bakar) yang kata "banyak Virus di saluran 4 dan 5". Tapi bila kenangkan ianya adalah Utusan Malaysia yang jelas pro-BN, maka saya fahamlah, nak buat camana...kan?
.
Cuma satu pesanan, kalau anda memang ikhlas untuk hargai dan memang sangat berharap sokongan saluran 4 & 5 itu, maka jangan sesekali melabel/menjadikan mereka sebagai VIRUS. Kalau itu labelnya, maka akibatnya lagi parah, maklumlah, VIRUS... Kerana apa? Kerana jika inilah pemikiran orang BN -- kalu tak sokong BN, itu VIRUS -- maka VIRUS inilah yang akan makan BN nanti.
.
Mari kita lihat/buat analogi ini --- saya buka kedai runcit, pelanggan yang beli barang di kedai saya semua orang tua yang dah pencen, yang umur 50an ada sikit-sikit, yang muda 20-49 tahun tak datang langsung kedai runcit saya, padahal saya harap sangat golongan ini datang membeli di kedai saya. Saya nak tanya Tuan/Puan yang baca blog ini yang pandai-pandai semua.
.
a. Apa sebabnya budak 20-50 tahun ni, depa tak mai kedai saya?
b. Kalau dah tak mai, patutkah saya label mereka ni - hantu jerangkung - sampai hati korang tak support kedai den...

'Virus' saluran 4 dan 5
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
SENARIO yang berlaku ketika proses pengiraan undi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu agak menarik untuk direnung. Ini kerana ketika proses pengiraan bermula, Barisan Nasional (BN) dilihat mendahului kerana majoriti undi saluran 1,2 dan 3 menyebelahi parti itu. Bagaimanapun situasi berubah apabila kotak undi saluran 4 dan 5 dikira, BN tewas satu demi satu sebelum diisytiharkan kalah.
Namun begitu kegagalan BN menguasai saluran 4 dan 5 yang dianggap suara generasi muda bukanlah suatu kejutan, sebaliknya ia sememangnya sudah dijangkakan. Malah itu merupakan kali kedua BN tewas dalam pilihan raya kecil akibat saluran berkenaan, sebelumnya BN kecundang di Permatang Pauh. Kegagalan BN mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen serta kehilangan kuasa di Kedah, Perak dan Selangor juga dikaitkan dengan saluran tersebut.
Malah di Kelantan, pengundi muda dikatakan sama sekali tidak menyebelahi BN sehingga memungkinkan Pas terus berkuasa di negeri tersebut.
Generasi muda yang menguasai undi di saluran 4 dan 5 mempunyai pemikiran berbeza. Perkembangan teknologi maklumat yang berkembang pesat telah membolehkan mereka bukan sahaja mendapat sebarang perkembangan dengan cepat malah boleh diracuni fikiran mereka oleh permainan kotor pembangkang. Persepsi yang paling mencabar untuk dihapuskan oleh BN di kalangan generasi muda ialah kalau BN cakap itu propaganda dan kalau pembangkang cakap itu kebenaran.

Terperinci, klik subjek.

Perlu juga diingat, pada pilihanraya umum yang akan datang (PRU13 nanti), saluran VIRUS ini akan bertambah lagi sebanyak kepada 6-7 juta orang. Dan kena ingat jugak, tak semestinya saluran 1, 2 dan 3 tak de VIRUS @ tidak akan dijangkiti VIRUS.

Saturday, February 21, 2009

BELL*ANT*TERROR


(Bell-Ant-Terror >>> tu sebutan Mat Salleh...)
Sahabat baik Tuan Sherek datang buat surprise dari JB hadiahkan CD atas ni --- The Best Of Belantara --- (tak sia-sia aku letak lagu/album yang aku minat kat tepi ni, ada jugak sahabat yang peka hadiahkan CD he he) (ni keluaq CD ni, geng Belantara tau ke tidak ni...dapat royalti?)
.
Tak kenal Belantara? Visit their blog HERE (blogroll)
.
I was in in Form 5/Lower 6/Matrix when BELANTARA released their albums. Time tu, selain dengar/main Scorpions, Wings, Bloodshed, SYJ, Search, budak-budak era tu dengar jugak Iron Maiden, Loudness, Judas Priest, ACDC, Metallica, Manowar, Ozzy Ozbourne, Black Sabbath etc dan juga genre lain including New Waves eeeee (macam Boy George dan beberapa lagi, lupa..) Still remember, having heard Belantara's 1st album, we reacted --- o yes, this is the music we're looking for - Malaysian style-heavy rock (that time la.. we're band boys) BELANTARA music/melody went straight to heart >>> yes!
.
(ha ha mana budak SPM/Matrix/KPP... sure korang teringat punya lagu nostalgia BELANTARA ni...)
.
Belantara was established in 1986 by 3 Malaysian students @ Washington State University/University of Idaho - Shuk (bass vocals), Zaid (lead vocals) & Aziz (guitars). When i was in Form 1.5 and Form 2 @ SMS Muar, there were group of students i.e. TOEFL studied together with us. Diaorang punya skill pehhhh excellent! Allrounder, macam2 depa boleh buat he he he... i believe, geng BELANTARA adalah dari TOEFL ataupun batch seangkatan dengan depa nationwide. Kami lost contact dengan abang-abang and kakak-kakak TOEFL. yang baik dengan kami ialah Bro. BAM (orang Melaka, Tengkera kalau tak silap dengan suka tagline - its finger lickin' good!!!). Pls contact contact k!
.
In 80's, younger generation (kami le tu) slowly accepting the Rock-Heavy Metal music and becoming very popular later. My favourite M.Nasir also helped many band/groups then to produce albums. And for Belantara, their albums were very well received by budak U.
.
Excellent numbers from Belantara include Hadiah Harijadi, Nostalgy, Srikandi Di Sisi, Airmata, Kepangkuan Ibunda, Jebat, Jiwa Perajurit, Sutra, Jentera Pemusnah, Dewi, Rintihan Menara Gading & Negaramu Yang Utama. To feel/experience, just click HERE.

Thursday, February 19, 2009

nude, ucul, bogel, telanjang, ut'tho

Tiger The Cat says --- entah apa-apa lah korang ni manusia, aku pun tak paham...cukup-cukup lah aibkan orang. Ciss TJ, mana boleh ambik gambar aku tengah togel ni...aku report polis kang...
---
media cetak dan TV banyak sangat main cerita bab ni, malu lah...letak berita utama/penting, kalau suratkhabar, muka depan. ada sekali anak saya Hanif tanya saya liwat tu apa? saya explain lebih kurang. dia tanya semula - yang liwat orang je ke, binatang ada liwat tak?. so, saya tak tau nak cakap apa?
.
cukup-cukup lah bercerita bab ni...elok ambik iktibar (dari blogroll), baca SINI
.
gambar/pesanan bawah ni, adalah untuk diri saya, dan kepada semua yang suka mengambil pesanan, tak kira lah - Sultan/PM/MB/Mufti/KSU/DO/Ketua Jabatan/Ketua Kerani/Penghulu/KK/Nazir hatta Ketua Lorong sekalipun (he he he)...
.
(gambar ni saya ambil dari sebuah sekolah di Selangor --- macam mana budak nak ambil teladan, dalam sekolah suruh budak buat baik cam ni, tapi kat luar, masyarakatnya......hai malas nak citer)
(kalau yang power kurang jelas) perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain

Wednesday, February 18, 2009

ku berbaik-sangka (II) --- (sajak)

ku berbaik-sangka (II)

Sangka ku santan, rupanya susu getah
Sangka ku bersopan, rupanya kena gout
Sangka ku malu, rupanya gigi baru
Sangka ku berfikir, rupanya tertidur
Sangka ku cerdik, rupanya meniru
Sangka ku ATM, rupanya vending machine

Sangka ku kolam renang, rupanya kolam septik
Sangka ku keju, rupanya budu
Sangka ku gula, rupanya ajinomoto
Sangku ku buah cempedak, rupanya bayi dibuang
Sangka ku anak, rupanya itulah emak - cantik begitu
Sangka ku di Hollywood, rupanya di Tanah Melayu

Amat malang
Ku sangka Anugerah, rupanya Penyapu


-tajmosa-
(Nov'07 – merekod kejadian luar adat)

Tuesday, February 17, 2009

ku berbaik-sangka --- (sajak)

ku berbaik-sangka
.
Ku sangka kucing rupanya singa
Ku sangka lembu rupanya badak
Ku sangka biawak rupanya buaya - tembaga lagi
Ku sangka cacing rupanya ular
Ku sangka sea-horse rupanya naga
Ku sangka puyu rupanya ikan yu
.
Ku sangka emas rupanya pasir
Ku sangka tebu rupanya buluh
Ku sangka handphone rupanya bekas air
Ku sangka gebu rupanya botox
Ku sangka Milan rupanya bundle
.
Sangkaanku malang
Ku sangka perempuan rupanya bukan
.
-tajmosa-
(2005)

Monday, February 16, 2009

Kenya UPSETS New Zealand


New Zealand out of San Diego Sevens
NZPA - 16/02/2009
An injury-plagued New Zealand were eliminated in the quarterfinals of the International Rugby Board sevens tournament in San Diego, losing 19-7 to South Africa this morning. A late try to Vuyo Zangqa decided the contest after New Zealand had closed to 12-7 with a try by Viliame Waqaseduadua on the stroke of halftime. The Zangqa try was set up by Ryno Benjamin, who appeared lucky to stay on the field following an apparent headbutt to New Zealand forward Tu Umaga Marshall moments earlier. New Zealand coach Gordon Tietjens, who was forced to leave out key players DJ Forbes, Tomasi Cama and Edwin Cocker with injury, had his team weakened further during pool play yesterday. Tim Mikkelson was ruled out of the tournament with a serious shoulder injury while Umaga Marshall, Chad Tuoro and Save Tokula were all carrying niggles. Yesterday New Zealand suffered their first loss in 14 matches against Kenya, going down 24-7, after having beaten France 22-12 and Uruguay 53-0. Series leaders South Africa took advantage of possession and territorial dominance to be 12-0 up inside five minutes thanks to tries to Philip Snyman and Robert Ebersohn. Waqaseduadua's response was a superb individual effort down the right touchline, using his pace and step to beat two defenders. The match was a repeat of last year's final here, won comfortably by New Zealand.

(on the positive notes) anchored with hardwork / commitment / endurance Kenya managed to beat NZ!!! In rugby, team that beat NZ, fuyooo, will surely have big party the whole night...
.
Malaysia? Boleh!

Sunday, February 15, 2009

...hati-hati cakap Kelantan...!!! -- (khidmat pesanan awam)

Ha ha ha suka sangat hati saya hari ni baca tulisan Siti Jarum dalam Mingguan Malaysia -- Siti Jarum habaq -- kalau di Kelantan, hati-hati sebut "lukis pelan"...
.
Tersengih-sengih saya baca. Teringat juga kawan opis saya dulu, orang Kelantan -- mek pesan kat saya kalau nak beli buah pelam kat pasar siti khadijah jangan cuba nak telo/loghat kelantan -->> kak, bagi saya buah pelam satu kilo, takut-takut akak yang jual buah pelam tu nanti mencarut kat you...
.
Saya berkawan ramai dengan orang Kelantan dari sekolah/U/kerja/kawan, baik lelaki mahupun cek mek molek. Saya ingat lagi satu hari masa kami borak-borak, tiba-tiba budak Kelantan bagitau -- orang kelantan semua tak sembahyang dan diorang tak de tuhan. ada mamat Melaka tanya balik, kenapa jadi macam tu? -- blurrr. Kami ketawa --- memanglah orang kelantan tak sembahyang, orang kelantan cuma maye --- ore kelate maye ssejid (orang kelantan solat di masjid). lagi satu, orang kelantan tak de tuhan, yang depa ada ialah tuhe...
.
nak cerita skit, adalah satu orang tua dari Johor nak ambik hati sedaranya dari kelantan cubalah berloghat kelantan, nak kenalkan menantu baru dia -- ni kawe nak kenal kat mu kawe punya menate...
.
...alahai, orang kelantan tu pun senyum je...

Saturday, February 14, 2009

Banglo Bergerak Laju

Kawan saya mai rumah, datang ziarah sambil ajak naik "banglo bergerak (moving bungalow)" -- kereta baru --- Porsche Cayenne S 4.8L

Ronda-round-pusing Subang Jaya, USJ, Putra Height --- the car accelerates 0-100km/h in 6 seconds? Ganas tu...

...dah kita tak de Porsche, meh le share belek-belek sikit gambar bawah ni...ambik gambo pun jadi lerrr...





Friday, February 13, 2009

Pak Lah (and all of you), pls read this...!

Trapped in an elevator! Horror experience?

Friday February 13, 2009
Abdullah trapped in lift for 30 mins
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was trapped in a lift for 30 minutes when the doors jammed at the Putrajaya International Convention Centre.
The Prime Minister, accompanied by Malacca Yang di-Pertua Negri Tun Khalil Yaakob and Public Service Department (PSD) director-general Tan Sri Ismail Adam, had taken the lift to the concourse where he was to deliver a speech at the PSD Diamond Jubilee celebrations at 10.30am.
In his speech at the function later, Ismail touched on the unfortunate incident.

Details, click subject

Seriously, what shall we do if trapped in an elevator? Let me share some do's & don'ts (...used to be Safety & Health Committee kat Pejabat dulu...)
.
1. Don't panic. Afterall you can't go anywhere what...and, you're not alone (even if you're actually alone inside the elevator -->> but don't worry, the guards @ control room are with you)
.
2. Press all buttons for all floors -- why? To avoid "direct" gravity force to the elevator. Kalau freefall jatuh bebas pun, setingkat demi setingkat, tak lah jatuh berdebusss...dari tingkat 10.
.
3. Push bell button, intercom, any communication device in the elevator. If negative, use your HP. No HP? Knock the door (using minimum energy).
.
4. No lighter/smoking. Just relax & do'a. Someone will help you. Wait for a while, if not 10 minutes, it can be 20 minutes or 1 hour.
.
5. If you have MP3 or HP games, now is the best time to fully utilise them.
.
...and you see, even Pak Lah pun relaks je keluaq dari lif selepas terkurung 30 minit...
.
rasanya boleh agak dah, lepas ni orang building maintenance pun kenalah menjawab...sabo je la...

Thursday, February 12, 2009

lintah darat sahabatku

ha ha ha latest news --- my dear friends finally join me in the world of blogging <<--- (den dah lamo dah suruh depa buek blog ni, leh share ilmu)
.
1) remember my article on leech farming way back in mid-08? the owner is now blogging live from kolam lintah --- visit his blog lintahkelanang -->> click HERE <<--- (saper nak bukak spa, nak bekam lintah, boleh lah kot risik-risik)
.
2) visit also Kapitan/Captain/Kapten (TLDM) Tuan Hazli's blog -->> HERE
.
Both are added to my blogroll.

Wednesday, February 11, 2009

Kita Minum Dulu (...advertisement...)

Rakan sekelas saya di SMS Muar mengusahakan perniagaan jual segala kereta Perodua. Kat bawah ni ialah gambar kereta MyVi SE (Special Edition) yang tengah hot di pasaran. SE ada dua warna --- putih dan oren. (aiiikkk, rebrand semua dah oren...) Reganya = RM53k. Fast Delivery = 1 week. Hari ni order, minggu depan dah boleh bergaya pi masjid ke pasar malam ke...(musti abang yang jual to-fu-fa usha tiga empat kali punya...)
.
Saper berminat nak beli MyVi SE atau lain-lain model (Viva, Kancil, Kelisa etc), terus hubungi kawan saya ni (Ghazali a.k.a Tom hp 017-3103735 -- Pusat Jualannya di Sri Kembangan dan dia boleh cover KL, Selangor, Perak Selatan dan Negori/Nilai/Seromban). No down payment, instalment dari RM400++. Yang susah nak buat loan, pun boleh call dia, minta nasihat.

Kat body tu, tulis iklan syarikat pun ok jugak...iklan bergerak...parking kat depan kedai mamak bistro!!! ramai yang baca/toleh
Dalam semua leather


OK jangan tunggu lama-lama...call Tom tu...
===
===


New products @ My1Stop (latest & HOT)
.
1. For Man --- E-Book Seni Melambatkan Pancutan >>> click HERE
2. For Kids & Bapak budak --- RC Mini Helicopter Apache >>> click HERE
3. Skincare product a woman must use --- Body Skincare --- badan selembut sutera >>> click HERE
4. For Muslims --- Digital Quran >>> click HERE

Tuesday, February 10, 2009

Octuplets --- First Pics Released

The first pics of the US Octuplets have been released..!!!
pics --- skynews.com

US Octuplets (skynews.com)

All eight babies - six boys and two girls - and their mother mother Nadya Suleman are being cared for in hospital in Los Angeles.
In an interview broadcast in the US, Ms Suleman said she wanted a huge family to make up for the isolation she felt as an only child.
Speaking on
NBC's Today programme, the mother confirmed she already had six other children - four through single pregnancies and twins.
"I know now that I may or may not have really deep down wanted that many siblings, but at the time I was so focused and fixated on wanting so many that I just kept going."

details, click subject

---
So, when is our Malaysia Boleh's Octuplets program??? Kembar 8 tu...

Monday, February 9, 2009

wonderpet - cat

wonderpet tele-reports for duty to chief boss --- Hanif --> boss, got emergency!!!

but first, need to ease --- toilet trained cat --- Wonderpet in real life --- letih...

KOKUAT

Antara orang kuat KOKUAT.

Sunday, February 8, 2009

DER-HA-KA --- bukan Dera.Hak.Ku @ Dera.Hak.Kau

DERHAKA.
.
Sebenarnya jangan disebut bab ini, dan jangan dituding tuduh sapa derhaka. Sapalah kita nak tuduh orang derhaka.
.
Marilah, ada baiknya kita muhasabah diri.
Apa itu derhaka? (keywords) -- Ingkar. Enggan. Khianat. Tidak turut perintah.
Marilah kita lihat diri kita pada konteks lebih besar. Adakah kita ini golongan penderhaka? Pernahkah kita menderhaka kepada Allah? Adakah kita masih duduk dalam golongan orang yang menderhaka kepada Allah? Adakah kita telah ikut segala titah perintah Allah, apa yang Allah suruh -- sudah kita buat dan apa yang Allah larang, pun telah kita tinggalkan dengan sebenar-benarnya. Bukankah apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang semuanya telah termaktub dalam Al-Quran/Hadith.
.
Apakah selayaknya dipanggil kepada orang yang INGKAR titah perintah Allah, baik diri kita sendiri, isteri/suami dan kaum keluarga. Lihatlah diri kita dan orang yang hampir dengan kita. Ingatlah, bukankah balasan Allah amat pedih kepada mereka yang menderhaka dan INGKAR perintah Allah?
.
Blog ini berpesan khusus untuk diri saya dan keluarga dan kepada semua yang ingin menerima pesanan/nasihat baik pemimpin dunia, Presiden, Agong, Sultan, Raja, Perdana Menteri, semua yang berpangkat, Mufti/Ulama, semua pemimpin peringkat mana sekalipun, dan semua yang bergelar manusia/insan, makhluk ciptaan Allah --- perbaikilah diri dan suami/isteri serta keluarga dan jangan sesekali berpaling dari apa yang diperintahkan Allah.
.
(Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. At-Tahrim:6)
.
(Ya Allah, jauhi kami, lindungi kami dari tergolong dalam golongan yang Engkau murkai).

Friday, February 6, 2009

Gerak Usahawan 2009 --- KOKUAT

Dunia Dagang menyertai pameran Gerak Usahawan 2009 @ PWTC (6-8 Feb 09) di bawah booth naungan KOKUAT (Koperasi Kelab Usahawan Tani Berhad) -- koperasi ditubuhkan di bawah Kelab Usahawan Tani. KOKUAT mengambil 5 booth betul-betul di hadapan Booth besar tuan rumah -- MECD. Fokus pameran Booth KOKUAT kali ini lebih kepada pelbagai barangan organik -- termasuk baja-baja tahi kelawar/tahi lembu/sisa kelapa sawit, fertigasi, hidroponik, jualan pelbagai benih, kit bumi hijau, buku-buku berkaitan tani/asas tani, jus, tanaman anggur, orkid, rempah, kerepek, networking pasaran, pembiayaan dan sebagainya.
.
Upload sebahagian gambar.




Sempat lepak dan jalan-jalan kat area lanskap/pergola/hiasan luar rumah.
Wartawan siaran luar RTM Siti Murni Abdul Aziz buat lintas langsung. Kebetulan krew RTM park & buat lintas langsung betul-betul depan Booth KOKUAT (depan Booth MECD pun ye jugak).


Pergola ni kalau tanam pokok markisa @ anggur Isabella (anggur hitam), memang sesuai sangat...


YB Datuk Noh Omar, Menteri MECD ditemuramah oleh Siti Murni
Tetamu cilik yang bertandang ke booth KOKUAT, sempat posing tu --- steady la dik...

Thursday, February 5, 2009

isteri ku orang PERAK --- kejor YOP kejor

Isteri saya asalnya dari Perak -- orang Parit Buntar, Jalan Sempadan, di sebelah Daddy nya -- rumah mengadap Penang @ Permatang Tok Mahat. Mummy nya orang Taiping ---ramai Atuk, sedara-maranya di Changkat Jering, kat Ayer Kuning dan Terong. Itu belum di Tanjung Piandang, Ipoh, Bidor, Teluk Intan. Masa kecik dulu depa pernah duduk di Lumut (al-maklumlah Daddy nya Pegawai Kastam).
.
Parit Buntar ialah satu bandar yang tenang, macam juga Taiping/Changkat Jering. ianya adalah Bandar sempadan antara Penang (Nibong Tebal, Seberang Prai Selatan) dan Kedah (Bandar Bharu, Serdang).
.
Orang Perak tinggi budi bahasanya. Cakapnya lembut. Santun dan pemaaf. Orang Perak sangat suka menolong hatta walaupun baru pertama kali jumpa/berbual. Mereka orang yang suka mudahkan kerja orang lain. Suka membantu. Memang ringan tulang dan jarang sekali mengharapkan balasan.
.
Oh ye, satu lagi tempat yang elok dilawati selain Tanjung Piandang/Changkat Jering/Port Weld (Kuala Sepetang)/Parit Buntar/Taping tempat lain yang elok dilawati di Perak ialah BOTA. Saya selalu pesan kat kawan-kawan, BOTA adalah tempat wajib pergi kalau ke Perak. Bota ni cantik, aman permai. Jalan-jalannya lurus, taliairnya bersih, mendamaikan.
.
Ingat lagu Mr. Os - Durian Dah Berbunge
.
Oh kome, deghoyan dah berbunge (dah berbunge)
Moh kite minang anok dare (anok dare)
Anok dare, anok dare kote (dare kote)
Teman jumpe di Padang Tenggale (iye)
Kate deme, sakit jatuh cinte (jatuh cinte)
Sakit lagi bile jatuh tangge (jatuh tangge)
Kate deme, cinte itu bute (cinte bute)
Nasib baik teman tak merabe-rabe (rabe-rabe)
.
Bile musim deghoyan, Deme mule bengkeng
Jangan silap sikit, Nanti deme tengking
Kalau musim deghoyan, Ramey berani nampor
Ape deme nak heran, Saman boleh bayor
.
Oh kome, dengoyan udah luroh (udah luroh)
Lebih baik cepat pegi suloh (pegi suloh)
Lambat sikit kome dapat habuk (dapat habuk)
Kalau tido jawabnye tinggey pokok (padan muke)
Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh (nak ke mekoh)
Yang mude gatey nak menikoh (nak menikoh)
Musim deghoyan banyok sedare mare (ramey-ramey)
Bila nebas, seko tak nampak muke (memang gitu)
.
---ayat dalam bracket tu kena nyanyi ramai-ramai--
.
(So, apalagi pergilah, melancong lah ke Perak, jom, cuti-cuti Malaysia...)
.
.
(ok ke artikel ni? i sense monotonous with no punctuation -- ini kalau Cikgu Bahasa Malaysia baca ni gerenti tak pas kot...)

Wednesday, February 4, 2009

Urgent/Segera -- Amal Jariah: Rumah Anak Yatim & Mangsa Rogol

Saya post dua (2) email hasrat/permintaan rakan baik saya -- Dr. Hj Lukman Z. Mohamad (rakan saya satu U dulu) -- sahabat saya yang sangat aktif dalam kerja amal, moga Allah memberi rahmat kepada beliau dan keluarga. Kalau ada dikalangan pembaca blog ini yang sudi menyumbang/bantu, hubungi terus beliau.
___
(1)

RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN
TAMAN BAIDURI
No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil, Selangor


SEBUAH RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BARU AKAN DIBUKA DI TAMAN BAIDURI, DENGKIL

Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama ‘Taman Baiduri’ digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.

Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini.

Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak dengan sihat dan sejahtera, memberi peluang kepada mereka membesar dengan sempurna dan menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk gejala sosial akibat kesengsaraan dan tekanan hidup.

Dalam hal ini, kemampuan kami agak terbatas. Jadi, kami memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakan usaha ini. Sehubungan itu, kami amat berharap dan berterima kasih sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang mampu demi anak-anak ini. Berikut disenaraikan barangan keperluan untuk anak-anak yatim/miskin dan rumah tersebut:


Item Kuantiti
1 Al-Quran resam Uthmani 20
2 Muqqadam / Iqra’ 20
3 Surah Yasin 20
4 Sejadah 20
5 Rehal 20
6 Kain pelikat 16
7 Songkok 16
8 Buku cerita dan buku latihan
9 Rak buku 5
10 Pakaian sekolah (Baju, seluar, stokin & Kasut) 16

11 Peralatan sekolah (beg, bekas bekal & alatulis) 16
12 Pakaian harian 16
13 Almari pakaian 16
14 Katil double decker 8
15 Tilam 20
16 Bantal 20
17 Selimut 20
18 Kipas dinding 8
19 Lampu kalimantang 10
20 Dapur gas 1
21 Pinggan plastik, senduk, sudu & gelas plastik 20
22 Ampaian kain 1
23 Beras, gula, tepung, minyak masak

24 Barangan kering & rempah

* Kami juga menerima barangan atau pakaian terpakai yang masih elok untuk digunakan.

Rumah ini akan mula dibaikpulih pada pertengahan Januari 2009 untuk membaiki paip dan dinding yang bocor, lantai yang pecah termasuk membina tempat wuduk dan tembok di bahagian belakang rumah sebelum anak-anak ini masuk pada Mac 2009.

Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk memberi sumbangan atau mengetahui lebih lanjut tentang rumah anak-anak yatim ini, sila hubungi:

En. Mohd Shukry Md Latar 019-6539701 shukry_latar@yahoo.com
Ust. Helmi Jamaludin 012-5774873 solehin_ioa@yahoo.com.my
Dr. Haji Lukman Z. Mohamad 012-2904873 lukmanzm@hotmail.com

Segala sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Tuan/Puan dalam menjayakan usaha ini didahulukan dengan ucapan jazakullah khairan khatiran dan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Yang Benar,
En. Mohd Shukry Md Latar
Pengerusi
Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

p.s. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang ingin membuat amal jariah.

___
(2)

Assalamualikum wbt, kalau hang nak tolong yang satu lagi ni boleh juga. Tolong masukkan dalam blog hang. La ni aku tengah uruskan seorang lagi mangsa rogol berusia 24 tahun yang sudah mengandung 7 bulan. Ini kes kedua yang aku kendalikan. Mangsa ini kena spike drink menggunakan rape drug. Memang malanglah nasib dia kerana dirogol secara beramai-ramai dan kesemuanya dia tak kenal dan tak ingat. So, anak dalam kandungan pun tak tahu siapa yang punya. Gadis ini hanya sedar dan tahu yang dia mengandung selepas 3 bulan dirogol. Pada 24 Januari dia kemalangan dan pada awalnya aku dimaklumkan air mentuban dah pecah. Pada 31 Januari gadis ini dibawa kepada aku untuk mendapatkan perlindungan dan aku tumpangkan di rumah aku buat sementara waktu. Pada 1 Februari, aku pindahkan mangsa ini ke Rumah Iman iaitu rumah perlindungan gadis dan wanita yang hamil tanpa nikah di Bukit Beruntung untuk memastikan beliau dan anak mendapat rawatan dan jagaan yang betul. Mangsa ini baru keluar hospital Sg. Buluh dan keadaan dia sekarang stabil dan akan bersalin pada 10 April ini. Aku nak mintak tolong kalau ada kengkawan yang sudi menghulurkan bantuan untuk kos jagaan mangsa ini di Rumah Iman sebanyak RM500 sebulan selama 4 bulan. Mungkin nak keluarkan RM500 agak susah kerana keadaan tengah gawat dan kita semuanya bukannya kaya raya. Tetapi kalau ada yang sudi hulurkan RM5 atau RM10 seorang itu pun sudah memadai. Seperkara lagi, aku nak mintak tolong tanya kengkawan kalau ada baju bayi lelaki yang baru lahir dan dah tak pakai. Anak-anak aku empat orang memang semuanya lelaki tetapi semua barang-barang bayi termasuk baju dan lampin semuanya dah aku berikan kepada mangsa rogol pertama yang aku uruskan dahulu. Aku perlukan tak banyak dalam 5-10 helai sahaja. Kain lampin yang tak pakai kalau ada boleh juga diberikan. Kalau ada barang-barang tu, tolong poskan kat aku. Kalau ada kawan Semenanjung yang nak bagi, mintak kawan kita tu berikan alamat, nanti aku pi ambil. Anak yang baka dilahirkan akan diserahkan kepada sebuah keluarga angkat dan buat sementara waktu aku akan jaga di rumah aku sehingga semua urusan keluarga angkat selesai.

Alamat rumah aku:

Lukman Z. Mohamad -- No. 3A, Jalan Pintar 3, Taman Universiti 43000 Kajang, Selangor

---
Hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan kepada segala usaha/sumbangan anda sekalian.

Tuesday, February 3, 2009

teknologis -- alat mudah kirja

Kami ngobro, mangen segor wes gorong di Pusat Membeli & Belah yang terkenal di dunia gitu - Mydin Mall USJ1. Nampak pulak kakek ini di premisnya sedang tekun jual mini donut. Gue tertarik dengan mesin auto-ajaib itu. Gaul/masukkan bancuhan tepung etc dalam apanama tu (corong sebelah kanan) dan secara automatis gitu akan mengalir keluaq la donut tu... mini donut tu akan hanyut dalam minyak ke kiri pelan pelan -- siji, loro, telu, papat, limo nenem, pitu, walu, songo -- tiba ditengah ianya akan diterbalikkan oleh satu palang dan terus jalan sampai hujung (sebelah kiri) dan jatuh ke dulang -- siap... satu dozen mini donut = RM3.50 seenaknya dimakan begitu saja. Kalau nak tadah nganga mulut kat hujung tu pun elok juga (instead of jatuh ke dulang).
.
rasanya banyak lagi benda yang boleh dibuat guna mesin ni i.e cucuq kodok (jemput-jemput), cucuq udang, apam dan lain-lain.

Monday, February 2, 2009

INDAHNYA HIDUP INI --- (sajak)

INDAHNYA HIDUP INI

Setiap hari ku nanti senyuman bibirmu terukir
Girang hati tidak terperi
Putih berseri wajahmu ditatapi teringat sentiasa
Kuhadapi hari muka dengan hati terbuka
Tiada langsung rasa duka
Riang gembira terpancar, tidak terkira, selama-lamanya

-tajmosa-

Sunday, February 1, 2009

Kedai Kopi @ Stesen Keretapi Kluang Johor

Saya suka breakfast dan minum petang (mengeteh) di Kopitiam Stesen Keretapi Kluang. Kalau kebetulan saya ke Kluang, Johor, memang itulah tempat yang masuk dalam senarai "wajib pergi" . Saya meremaja bersama dengan bandar Kluang. Ada kakak & keluarga anak-anak buah Amira, Shafiq, Arif, Shahira & Nadirah yang duduk sana di samping ramai sepupu-sepapat, sedara dan rakan/sahabat seperjuangan yang bermastautin di sana.
.
So, bila Mingguan Utusan cerita/komen Stesen Keretapi Kluang hari ini (lihat/baca SINI) segera saya mengimbau kenangan di situ. Yang segera saya teringat ialah ketika kami ramai-ramai (seluruh budak Johor yang dapat masuk Maktab Tentera DiRaja @ Royal Military College -- MTD/RMC, Sungai Besi) naik tren dari Johor ke KL awal 80-an dulu. Kami dikumpul di Kem Melayu Kluang, naik tren malam, tiba KL sejurus Subuh disambut dengan trak askar/tentera dan dibawa terus ke MTD.
.
(nak habaq skit, masa di Kem Kluang -- pemeriksaan akhir body check -- jumpa doktor sorang-sorang, kena londeh semua seluaq, dan doktor tu suruh batuk berdehem, berdehem kuat-kuat! (dia jerit!!!), kita pun ikut je la...ha ha ha sampai sekarang ingat tu...apa la tujuannya ye???)
.
Tiba KL, teringat lagu menyambut kami melalui corong-corong Stesen Keretapi KL Subuh itu ialah lagu Alleycats -- Senyumlah Kuala Lumpur --- Kuala Lumpur, Senyumanmu, Di pagi Ini, Sungguh Bererti bla bla bla...klik SINI untuk dengar lagu tu...

Untuk yang tak pernah mai Stesen Keretapi Kluang yang unik tu, yang sedap untuk dilakukan ketika lepak di Kedai Kopi Stesen Keretapi Kluang ialah:

1. Duduk tengok keretapi lalu-lalang Singapore-JB-Kluang-Gemas-KL-Butterworth-Padang Besar.

2. Order secawan kopi (nanti tambah lagi) & roti bakar (roti bakarnya guna roti burger bulat), telur separuh masak, kalau nak makan nasi lemak bungkus pun ada...benda ni lah yang unik dan menjadi kegilaan orang seluruh Malaysia yang datang sini..

3. Buat sajak pasal keretapi, pasal Kluang, pasal zaman Jepun atau pasal Kluang Man memang sesuai betul...

4. Boleh beli kopi serbuk atau kaya di Kedai Kopi itu

5. O ye..jangan order roti bakar atau kopi bungkus bawak balik (jangan tapau)... bila tiba rumah dah tak sedap, kurang umphhh...kalau orang rumah nak makan, angkat sekali depa pi kedai tu...

Satu lagi den nak posan, ingat, kedai tu bukak setiap hari pagi sampai petang (tutup hari Khamis, kalau tak silap). Selalunya orang Q nak dapat meja/kerusi kecuali you all pi Stesen tu dengan abang ipar den -- ada special buka meja lain punya...