Seorang polis trafik yang tunggang motor polis putih/besar dengan laju potong kereta saya. Sejurus selepas itu, saya nampak di hadapan ada kucing tengah menggelitik di tengah jalan - nyawa-nyawa ikan dengan kaki-kakinya tergapai-gapai. Jalan memang sesak tapi flow (di Subang Airport). Polis yang potong tadi pun nampak kucing tu. Saya rasa ramai pemandu dan penunggang motor yang perasan kejadian di tengah jalan itu.
.Alhamdulillah, abang polis trafik yang potong saya tu tadi segera berhenti & tahan lalu lintas serta angkat kucing yang tengah nazak tu ke tepi jalan. Lepas tu, anggota polis itu teruskan perjalanannya.
---
Segera saya teringat satu kejadian beberapa tahun lepas di Subang Jaya. Ketika semua orang sibuk (tengok muka kira macam tak de senyum - muka nak pi kerja) - jalan nak keluar Subang Jaya waktu pagi sesak pulak. Saya di lane kiri, ada satu pemuda (dalam umur 40-an, bawa kereta proton perdana) di sebelah lane kanan berhenti & keluar dari kereta dia (parking tengah jalan je..). Dia berjalan ke depan dengan tangannya bersarung plastik-bungkus-barang. Rupanya dia nak angkat mayat/bangkai anjing kat depan kereta dia (yang mungkin dah dilanggar beberapa kereta di hadapannya). Dia angkat anjing tu dan lalu kat depan kereta saya, dan letakkan di bahu jalan di sebelah kiri.
.
OOhhh saya rasa cukup terharu kat brader ni dan brader polis trafik kat atas tu... Saya rasa bangga dengan mereka. Saya takkan lupakan 2 cerita ini.
---
Molek sangat kalau kita boleh contohi 2 brader ni, sentiasa simpan plastik (recycle bungkus barang tu, plastik Mydin pun ok jugak...). Kalau nampak kucing/anjing kat tengah jalan, kalau ada kekuatan & boleh berhenti -- berhentilah sat dan tolong angkat ketepikan bangkai anjing/kucing tu...takkanlah kita nak tengok bangkai tu jadi leper macam roti canai.
.
Sama-samalah kita cuba buat ye...

2 comments:
bro TJ, saya memang tak bolehlah, mesti saya muntah punya
OK kalau kurang bisa maka jangan dilakukan
Post a Comment