Imam Abbas menerangkan keperluan memperbaiki solat, khusus dalam tazkirahnya ialah sewaktu SUJUD. Anggota sujud (yang mesti menyentuh tempat sujud) merangkumi:
.
.
1.Dahi (termasuk juga hujung hidung). Dahi mestilah diletak ditempat sujud dan tidak berlapik/ditutup dengan sesuatu..
2.Dua tapak tangan (jari-jari dirapatkan, lengan ketiak dibuka sedikit - bagi lelaki dan bagi perempuan dirapatkan ke badan. tangan/siku JANGAN diletak/diturunkan atas tempat sujud/sejadah)
3.Dua lutut.4.Dua kaki (tapak jari kaki yang hendaklah mencecah tempat sujud). Tidak sah solat bagi mereka yang melunjurkan kakinya atau bahagian kuku kaki yang menyentuh tempat sujud seperti diselunjurkan.)
---
Rujuk juga SINI dan SINI
Mengerjakan Solat adalah fardhu bagi setiap Muslimin/Muslimat. Solat adalah perkara pertama yang ditanya oleh Allah s.w.t. Bagi mereka yang sakit, sila lihat cara Solat orang yang sakit termasuk cara Tayammum di SINI , SINI dan SINI
Ada masa lihatlah juga perlaksanaan Ibadah Solat di International Space Station ISS oleh JAKIM, buku yang pertama diterbitkan seumpamanya, klik SINI. (manalah tau semua banyak duit nak jadi visitor jalan-jalan ke ISS...)
No comments:
Post a Comment