Tidak berblog beberapa hari kerana kepadatan jadual tugas / kerja sukarelawan dan beberapa tanggungjawab lain. Dan yang terpenting (kerana ditambah) dengan kehadiran tetamu VVIP di rumah yang datang melawat anak/menantu/cucu -- iaitu orangtua saya, maka bertambah kuranglah mengadap komputer. Bukankah menghadap orang tua (tak kira ibu @ bapa) itu lebih baik?
Orang tua datang Subang Jaya bawak makanan rasmi kesukaan anak lelakinya - buah durian mentah dan buah pelam (dari kebun) dan mee siput (tak tau mee siput? tengok SINI)
Turut datang bersama dengan abang sekeluarga yang nak masukkan anaknya ke Pusat Asasi UIA, jom tengok, sapa yang nak register masuk U nanti tengok gambar ni...
Orang tua datang Subang Jaya bawak makanan rasmi kesukaan anak lelakinya - buah durian mentah dan buah pelam (dari kebun) dan mee siput (tak tau mee siput? tengok SINI)
Turut datang bersama dengan abang sekeluarga yang nak masukkan anaknya ke Pusat Asasi UIA, jom tengok, sapa yang nak register masuk U nanti tengok gambar ni...
Suasana di perkarangan Dewan Al-Malik Faisal (AMF), Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFS, IIUM)
Belajar ikut flow, ok lah...ambik nombor, cek borang, ambik souvenir, buat buku bank, ambik barang-barang check-in kat hotel opsss hostel...
Program Ta'aruf (panggilan di UIA), kat U lain mungkin lain panggilannya - Minggu Orientasi ke, Minggu Suaikenal dan lain-lain
Jawatankuasa pendaftaran cemerlang! Terutama urusetia MC - siap ada Bahasa Arab tu...(Ahlan Wa Sahlan bla bla bla...) tambahan pada English dan BM. lain kali tambah satu lagi --- Bahasa Jawa...
Faiha (light purple) ambik Senibina - bila dah berjaya nanti, binalah apa-apa yang boleh OK? Janji ada seni, jangan main buat je...
he he he ikut jangan tak ikut (kalau ikut SINAR fm - I Follow). Untuk Faiha, & friends - dalam program ta'aruf ni, ko ikut je cakap sis tu a.k.a fasi/facilitator /pemudahcara(baju light green tu), jangan lawan-lawan cakap...
Ni hostel penginapan Faiha - Mahallah Khadijah - sebilik 4 orang - hostel untuk new intake perempuan
Mahallah Umar Al-Khatab (for gentlemen), depan padang.Mahallah Khadijah ( gambar dari padang) - 9 tingkat?
2 comments:
Woooo...haaa...ok2...good luck...!!
aaapit, congrats tahniah 1000x. awat gud news hang simpan dalam poket?
Post a Comment