(Hanis, Hanif, Hanaa --- post khas untuk Friday (Subuh Jumaat 6 February 2009 - Maghrib Selasa 5 May 2009))
Semalam ialah hari terakhir bagi Friday di dunia ini. Maghrib semalam Friday mati dilanggar kereta di hadapan rumah. Kami jangkakan dia mati sekitar 7.40pm - 8.10 pm. Masa saya dan rakan saya, Dzul tinggalkan rumah untuk ke masjid (sedang azan Maghrib), Friday berlari mengejar kami ke kereta, tapi saya angkat dan letak dia di tembok pagar.
Sekitar jam 8.15 pm, wife call bagitau Friday mati dilanggar. Dari kesan-kesan darah, Friday dilanggar betul-betul di hadapan gate rumah dan dia berlari masuk menuju ke pintu rumah (seperti meminta tolong), tetapi dia berpatah balik dan lari bawah bangku tempat di selalu bergurau di tepi gate (dalam kawasan rumah) dan mati di situ. Elok juga dia sempat mati dalam kawasan rumah, kalau dia mati on-the-spot, takut teruk juga dia kena langgar dengan kenderaan lain.
Dia berdarah teruk di kawasan mulut/rahangnya. Saya tidak sampai hati ingin post gambar keadaan Friday kerana hormati dia dan juga kesian kat budak-budak --- Hanis/Hanaa/Hanif. Mereka menangis tersedu-sedan. Mama dan Abah terpaksa pujuk kata Allah masukkan dia ke syurga bersama Hanan.
Kebetulan Hanis/Hanif demam semalam dan tidur di bilik atas. Friday teman dia tidur dalam bilik tu dari siang hingga petang (tidak makan). Lepas Hanaa balik sekolah baru Friday turun main dan makan lebih kurang. Semua rapat dengan Friday esp. Hanis, yang urus semua! Thanks Kakak, tak rugi Kakak tolong Friday...
Maid saya yang terkejut bagi tau - dia baru rebus ikan banyak untuk dinner Friday. Jiran sebelah yang keluar bila dapat tau Friday mati bagitau - petang tadi Friday ada datang rumah sekejap main dengan cucu dia (Friday akan luangkan masa main dengan cucu dia sebelah petang sekejap - panjat masuk ikut pagar tepi je...)
Ramai yang kenal Friday, in-person, jiran kiri/kanan/belakang rumah, dan pada hari-hari terakhir 2 3 hari baru jumpa dia ialah Dzul, Zu, Zai, Zaky, Din, Suhaimie, Azie, Sham, Nizac dan kawan-kawan maid. Pembaca blog ini pun ada yang ikut Friday.
Hanis, Hanif & Hanaa. Allah tak jadikan sesuatu kehidupan itu sia-sia, hatta walaupun ianya sekecil kuman. Mesti ada sebab Allah jadikan sesuatu benda. 90 hari Friday hidup bersama kita pun banyak yang kita boleh pelajari. Memang banyak. Moga Allah gantikan yang lebih baik sebagai ganjaran kepada Hanis, Hanif & Hanaa.
12 comments:
takziahh
xpe xpe insyaAllah akan ade yg lebih baik
Sedih la pulak baca entri ni...
Saya suka kucing...
tumpang sedih skali utk hanis dan adik2. dh sampai ajalnya. kalau ikut pengalaman, kucing mmg tau bila dia nk mati. kalau kucing di kg dia akn pergi jauh tidak mau mati di rumah. sabar.
the deint, tq, harap macam tu la, untuk budak-budak.
Tirana, memang sedih jugak esp 3 orang tu bila kucing tu mati. mati pun mengejut...
yen, tq. betul agaknya tu...
im sorry for your loss. hope you'll be able to find another cat like him/her soon
Tzy Wen, tq. am proposing to them on replacement, but the three have not given any feedback (yet)...
biar dulu kot...
tersinggah di blog ini. takziah. dulu kucing saya pun mati memang sedih sangat sangat. sakit mati bergaduh. umur masa mati lebih kurang 2 tahun. jinak dan faham apa yang saya cakap.
catlover, terimakasih kerana singgah dan komen. singgah selalu.
Sedihnya .....
Masa kami datang aritu, elok je dia guling2 depan kita kan.
Manja-manja kan diri gayanya.
Semoga Allah ganti yang lebih baik buat Haniff, Hanis dan Hana.
Aminnnn ..
thanks zu, tu lah, baik je berguling-guling depan kita dan port tidur atas meja.
(sebenarnya tak pernah dia tidur atas meja beralas kain putih tu...) tapi itulah tanda-tanda awalnya
Post a Comment