Tuesday, December 30, 2008

RANCH Living @ RANTAU

we visited longtime friends -- Azhar/Siti Hawa near Rantau. Kebetulan dah ke Senawang hantar baja fertigasi (fertilizer) - so, alang-alang dah pi sana, terus je ke Rantau (to be exact - 8km from t-junction Port Dickson/Kem Sunggala/Institut Latihan Kefahaman Islam Tentera Malaysia-.--- Wiki HERE - ranch depa 8km dari t-junction tu ke kanan) we spent the whole day there.
.
diaorang ni dulu orang KL, but now duduk ranch 1+3 ekar. Depa bela macam-macam -- kambing, ayam kampung, lintah, ikan keli etc. Ayam turkey pun ada -- kitaorang panggil ayam-botak-kluk-kluk. Udara nyaman, air sejuk. Their neighbour is a retired army Major, also from KL - owns 3-acre ranch. Keliling rumah penuh dengan pokok buah-buahan tropika -- pokok petai gajah pun ada.

Ada angsa - Hanif siap cakap -- saya pertama kali tengok angsa & pokok getah. Hanaa suka nak pegang angsa tu baik/jinak tapi saya tak bagi kerana angsa tu besar/berat

Tanaman cili padi/cabai fertigasi.

Hanaa naik Kakak (nama kambing tu, kambing yang paling jinak).

GEBU (kucing -- ada katil sendiri ke...)

Ayam-Botak-Kluk-Kluk. Kelakar, Hanif batuk depa pun batuk

Itik yang hitam legam ada, yang putih melepak pun ada. Azhar & Siti ternak untuk telur (telur asin). Kami lunch dengan hidangan specialnya iaitu rebung masak lemak bertelur itik & ikan keli goreng berlada -- beserta beberapa jenis lauk lain, semuanya dipetik/diambil dari keliling ranch. Giler punya selera!!! Kaw kaw makan...



Kambing kacuk -- Jamnapari ke atau Boer?


Hanif yang paling seronok -- mula-mula takut -- tapi kambing jinak betul. Sebelum balik, dia kata nak duduk kat situ cuti sekolah yang akan datang...

Ketua Kambing -- tunjuk cara-cara marching yang betul...

Azhar/Siti menternak ikan keli kolam, depa ada beberapa kolam ikan keli. Azhar royak kat den, musuh utama ikan keli sini ialah burung hantu -- depa sambar malam hari dan suka makan kepala ikan keli tu. pagi esok nampak badan ikan je tinggal.

Luas (gambar dari depan rumah) -- Hanif siap boleh main frisbee (lihat bawah kuning/biru -- masih simpan lagi, frisbee dapat masa kat Melaka).

Hanis -- berangan.
Uncle Azhar keluarkan sekor arnab yang jinak untuk bolehkan Hanaa main-main.
den sompek gak posan kek diaorang berduo, sediokan Buku Pelawat (ado buku pelawat dapat gak visitor sign conteng autograph & catat sikit-sikit apa yang patut...).
.
dan sebelum berangkat balik, Azhar/Siti kutip semua hasil mahsul yang ada kat keliling rumah (termasuk ikan lampan pekasam) dan sumbat dalam kereta. Kami pula bagi Azhar/Siti sebuah plak cenderahati Jalan-jalan Cari Makan sebagai tanda kenang-kenangan (ha ha ha -- mana adaaaa...marah Maria Tunku Sabri)
.
(jommm cari tanah 5 ekar -- kalau ada anak sungai lagi best, batu-batu -- buat ranch -- boleh bela lembu/kuda tanam pokok (kira agrotourism) ahhhh macam-macam lagi boleh dipikior...)

Monday, December 29, 2008

KEZALIMAN ISRAEL DI GAZA

Blogroll yang bersama menentang kezaliman
(Pic) http://khalidz.blogspot.com/2008/12/gambar-gambar-terbaru-keganasan-yahudi.html
http://khalidz.blogspot.com/2008/12/isreal-menganas-289-penduduk-palestine.html
http://alkerohi.blogspot.com/2008/12/gaza-menangis-diambang-muharram.html
http://n32.blogspot.com/
http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/12/29/12341/
.
.
Lain-lain yang bersama-sama
http://adeqmolek97.blogspot.com/2008/12/kekejaman-israel.html
http://abisyakir.wordpress.com/2008/12/28/tangis-berdarah-dari-gaza/
http://jejakanakpalestin.blogspot.com/2008/12/yahudi-laknat-terus-mengganas.html
http://aniswahab.blogspot.com/2008/12/mahasiswa-diseru-mendoakan.html
http://perjalananjauh.wordpress.com/2008/12/29/kehilangan-pejuang/
http://puteramahsuri.blogspot.com/2008/12/intifada-palestinhancurkan-israel.html
http://beliamuda.blogspot.com/2008/12/israel-mengganas-lagi.html
http://keep-my-mind.blogspot.com/2008/12/berita-duka-dari-palestina.html
http://hahnif.blogspot.com/2008/12/palestin-bermandi-darah.html

Salam MAAL HIJRAH 1430H - membelek diri

Hari ini Isnin, 1 Muharam 1430H. Kita sambut Maal Hijrah dengan ketenangan. Tenang dan janganlah terlupa untuk hargai nilai nikmat Iman & Islam yang Allah kurniakan kepada kita.
.
Beberapa minggu kebelakangan ini, Ustaz-Ustaz yang memberi Kuliah di Masjid SS19 banyak membawa cerita kisah perjuangan/sifat/amalan Nabi bagi mengingatkan kita tentang Maal Hijrah.
.
Saya tertarik/berkongsi kuliah Ustaz Kamal Ashari. Ustaz bertanya para hadirin kuliahnya -- Kalau dijadikan tuan/puan hidup zaman Nabi, adakah tuan/puan akan menjadi pengikut Nabi yang setia, mahu tergolong dalam para sahabat dan berjuang habis-habisan untuk Islam?
.
Atau adakah tuan/puan akan menjadi golongan kafirun/musyrikun/munafik? Letak diri/perangai/sifat tuan/puan sekarang jika tuan/puan hidup zaman Nabi.
.
Bila para hadirin kata, Insya-Allah akan berjuang bersama Nabi, segera sahaja Ustaz tersenyum, jamaah yang hadir pun "tersenyum", senyum tak habis.
.
Ustaz kata -- jangan cakap tuan. Mari kita tengok muhasabah diri. Zaman Nabi, bila Nabi ajak orang Islam yang cuma sedikit untuk berjihad/berperang, semua menyahut hatta kaum perempuan pun ingin turut serta. La ni dah tak de perang, tapi Nabi suruh kita penuhkan masjid mendengar kuliah agama -- berapa ramai yang datang? Berapa ramai yang datang masjid untuk belajar/dengar kuliah/solat berjamaah? Masjid aircond, duduk paling lama pun 2 jam (kalau berperang sampai 2 minggu - 2 bulan), nyaman, badan tak sakit-sakit pun, bukan naik unta/jalan kaki -- naik kereta! Tapi rumah Allah kosong, lebih banyak kipas dari orang yang datang solat jamaah.
.
(Hadirin dah mula tersengih)
.
Ustaz beritahu lagi - diriwayatkan, jika Nabi berludah, sahabat Nabi akan segera berebut-rebut menadah air liur/ludah Nabi (ambil barakah) sapu di muka dan tangan. Ustaz tanya - kalau tuan/puan ada di depan Nabi masa tu, tuan/puan buat atau tidak?
.
La ni Nabi dah tak de tapi Nabi suruh kita ikut sunnah. Dah tak de nak sapu tangan, jilat jari sendiri selepas makan (ambik barakah) -- sendiri punya jari, ada saper-saper buat?
.
Ustaz cerita -- para sahabat Nabi bergolok bergadai infak hartabenda kepada Islam seperti Saidina Abu Bakar r.a., Umar dan Abd. Rahman Auf, kerana mereka yakin tentang balasan mereka yang bersedekah ke jalan Allah. Semua tahu bagaimana Saidina Umar bersedekah separuh dari hartanya ke jalan Allah. Dan semua maklum bagaimana Saidina Abu Bakar menginfaqkan seluruh hartanya untuk Islam -- yang tinggal kepadanya dan keluarga hanyalah Allah dan Rasul.
.
Kita? Selagi rumah boleh diisi maka bertambah penuhlah rumah kita.
.
Tuan/Puan muhasabahlah sempena Maal Hijrah ini, kalau tidak, takkan Nabi bersabda jika ditimbang IMAN seluruh umat Islam akhir zaman dengan IMAN Abu Bakar, nescaya berat lagi timbangan IMAN Abu Bakar.
.
Ustaz minta semua perbaikilah akhlak/perangai selaras dengan akhlak Islam yang mulia, kerana berakhlak dengan akhlak Islam juga merupakan dakwah kepada orang lain termasuk kepada jiran dan bukan Islam. Ustaz ceritakan bagaimana selepas Nabi wafat, Saidina Umar r.a. bertanya isteri Nabi, Saidatina Aisyah r.a -- apakah amalan Nabi yang patut dia tahu untuk diteruskan. Saidatina Aisyah maklumkan pada Saidina Umar bahawa setiap pagi slepas habis kerja di rumah, Nabi akan ke hujung pasar untuk memberi makan/menyuap seorang Yahudi yang buta (Yahudi buta itu tidak tahu yang menyuap makanan itu adalah Nabi). Walaupun setiap kali Nabi datang, Yahudi buta itu seringkali mencaci/memaki Nabi Muhammad. Nabi teruskan amalan itu sehingga baginda wafat.
.
Bila Saidina Umar tahu hal itu, beliau terus ke hujung pasar mencari Yahudi buta dan berjumpanya lalu terus menyuapkan makanan. Merasai bentuk makanan/cara suapan yang berlainan, Yahudi buta itu perasan bahawa orang yang datang ini bukan orang yang selalu datang. Yahudi buta bertanya -- siapakah ini. Saidina Umar menjawab dan terangkan keadaan sebenarnya bahawa beliau adalah sahabat kepada orang yang selalu menyuap makan kepadanya sebelum ini, tetapi orang itu telah meninggal dunia -- dan akhirnya Saidina Umar terangkan bahawa orang yang selalu menyuapkannya makanan itu ialah Rasul Allah Nabi Muhammad s.a.w. menyebabkan Yahudi buta itu sangat terharu, walaupun dia selalu memaki/mencaci Nabi. Akhirnya mengetahui akhlak Nabi yang terpuji itu, Yahudi buta itu memeluk Islam.
.
(sempena Hijrah 1430 ini, sama-sama kita teliti kata-kata Ustaz itu, moga ada manfaat untuk kita dunia/akhirat)

Saturday, December 27, 2008

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun HIJRAH

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
.
DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada pukul 11.45 pagi tadi.
Baginda berusia 86 tahun.
Demikian disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor, lapor Bernama.
Tuanku Ja'afar lahir pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor dan merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke-10 iaitu dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.

Lanjut di SINI.

Friday, December 26, 2008

hari JUMAAT terakhir

Hari ini ialah hari Jumaat terakhir bagi kedua-dua tahun mengikut HIJRAH (1429) mahupun kalendar MASEHI (2008).
.
Di mana-mana masjid (termasuk di tempat saya) Imam I yang bertugas pada solat Subuh pagi Jumaat akan membaca Surah Sajadah (surah ke-32, yang ada ayat sunat untuk sujud sajadah/tilawah) pada rakaat pertamanya; dan diikuti oleh Surah Al-A'la @ Ad-Dhuha (untuk rakaat ke-2). Tetapi jika Imam II yang bertugas, rakaat ke-2 itu dibacakan dengan Surah Al-Insan (surah ke-76). Dengan bacaan ayat yang merdu di pagi hening memang menambahkan kekusyukkan.
.
Kerana solat Subuh yang panjang pada setiap pagi Jumaat, maka saya tidak pernah membawa Hanif ke masjid pada Subuh Jumaat. Saya risau dia akan muncung sehari suntuk, atau menguap-nguap/tumbang di tengah solat. Yang dah berumur besar panjang pun ramai yang tak datang, apalagi kita nak bawa budak.
.
Ketika membaca ayat ke-15 Surah Sajadah (rakaat pertama, Imam (diikuti MAKMUM) akan terus turun SUJUD - sekali - dan naik semula meneruskan/sambung surah tersebut hingga habis. Bacaan yang sunat dibaca ketika Sujud Sajadah/Tilawah

"Sajada wajhiya lilladzi khalaqahu wa sowwarahu wa syaqqa sam`ahu wa basorahu bi hawlihi wa quwwatihi fatabaarakallaahu ahsanul khaaliqin"
Ertinya: "Sujudlah mukaku terhadap Allah yang menjadikannya, membentuknya, memberi pendengaran dan penglihatan dengan keupayaan dan kekuatan-Nya. Maka berkat Allah, sebaik-baik Pencipta."
.
(Ayat-ayat sujud sajadah yang lain ialah: a. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 b. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 c. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 d. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 e. Surah 19 (Maryam) Ayat 58 f. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 g. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 h. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 i. Surah 27 (An Naml) Ayat 26 j. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15 k. Surah 38 (Shaad) Ayat 24 l. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38 m. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62 o. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21 p. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19)
.
Lanjut BAB SOLAT klik SINI

Thursday, December 25, 2008

bangunan UMNO pun ikut join PAS

Zahar sah sertai PAS
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS.
Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan dalam satu majlis khas yang diadakan di sini, hari ini.
Dalam sidang medianya, Zahar berkata, beliau menyertai PAS kerana dasar perjuangan parti itu yang memperjuangkan kaum Melayu dan Islam.
"Bagi orang-orang Melayu yang mahu aktif dalam politik, kita tidak ada pilihan lain kerana Umno pada hari ini banyak berbeza dengan Umno dengan yang saya sertai 26 tahun dulu.
"Saya tidak terfikir untuk menyertai PAS kerana ia parti alternatif sebaliknya PAS adalah lebih baik dari Umno," katanya selepas menyerahkan borang keahliannya dan 41 pemimpin bahagian tersebut kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

...
Zahar berkata, beliau sudah 'meluat' dengan Umno terutamanya di Selangor termasuk pelantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai Ketua Penerangan parti peringkat negeri dan Senator.
...

Beliau berkata, pemimpin Umno tidak menitikberatkan tentang isu agama dan banyak keputusan yang dibuat parti itu tidak mengambil kira kepentingan rakyat.
"Secara terus terang, saya tidak menghormati pemimpin tertinggi dalam Umno. Banyak keputusan yang dibuat tidak mengambil kira keperluan dan kehendak rakyat khususnya orang-orang Melayu," katanya.
...

Beliau berkata, dengan penyertaannya hari ini ke dalam PAS, pejabat Umno di PJ Selatan akan menjadi pejabat PAS bahagian itu mulai esok.
Beliau percaya, baki 68 ketua cawangan bahagian itu akan turut sama menyertai PAS selepas pejabat parti itu mula beroperasi.

Terperinci klik tajuk. Baca juga SINI & profil Datuk Zahar di SINI.


...jom belajar masak AIR

isteri saya panggil bakal anak daranya, HANIS (12.y.o) masuk dapur, maklumlah cuti sekolah.

mama: hanissss, mari sini belajar camana masak air...

(he he he kawan terus teringat masa dulu kawan belajar masak air bawah pokok manggis, masa main pondok-pondok. UMUR? masa tu kawan baru berumur 5-6 tahun je...)

Wednesday, December 24, 2008

if PLAN A fails, PLAN B can be worst

Hope our Eye-on-Malaysia OK...Must have "PLAN C" - parachute...




A power disruption left 173 passengers stranded above ground in the Singapore Flyer – the world's biggest observation wheel - for about six hours yesterday. The stoppage – which occurred at about 5:00 pm – was caused by a small electrical fire. It was the Flyer’s fourth since it began operations early this year, but was by far the worst. Shocked passengers spoke of the ordeal of being stuck in stuffy capsules when the air-conditioning went off. Some among those trapped reportedly resorted to urinating in plastic bags while they were hanging in the air. Ten passengers were rescued using sling-like harnesses while the other 163 walked out when power was restored at about at about 11:11 pm. A spokesperson for the Flyer said investigations are ongoing, and the wheel would remain closed at least until Thursday.

Click for more detail/pics HERE




Tuesday, December 23, 2008

semoga Allah membalas orang yang jujur/ikhlas

Update 10.05pm 24/12/08
Teringat ada kawan dari Batu Pahat pernah citer (dan pernah masuk Majalah 3 TV3 pun), kalau kat BP ni - kes calar/kemek macam ni, boleh hnatar satu tempat workshop BATIN, lupa pulak nama tempat/pengusaha - hantar kat workshop dia, cuma ambik masa 15-20 minit je, yang kemek akan baik semula seperti sediakala, siap cat ko - bayar ikut IKHLAS... orang BP, tolong verify...tq
+++
+++
---post asal---
Kereta Perodua Kancil kesayangan saya (yang mampu memecut sehingga 100km/j)dilanggari orang. Kereta itu saya parking, alih-alih dah kena langgar. Saya tak tau sapa yang melanggar.
.
Saya nampak ada nota di wiper. Maaf terlanggar - dia tinggalkan contact number untuk saya hubungi.
.
Saya pun call orang langgar kereta (OLK), dia ingin bayar berapa jumlah baikpulih. Saya pi workshop tanya mekanik, diorang kata RM350 (lihat gambar, panel tepi kena ketuk/cat semua, seluruh bumper kena cat semula...ishh macam tu pun RM350). Saya call OLK bagitau RM350. Dia kata OK. OLK suruh saya baiki. Dan dia bayar terus kepada cina workshop itu. Akhirnya, bila kereta saya siap, OLK tu pun saya tak jumpa, yang saya tau nama dia hujungnya ada Man (abang/adik/pakcik...ntah le...)
.
Terimakasih kerana sangat jujur (tinggal kontek number). Semoga Allah membalas sebaik-baiknya budi baik tuan.



Monday, December 22, 2008

sorRy aHh, ayAm (i'M) nOt QuAliFieD

‘I’m not qualified to land,’ pilot tells passengers
A BRITISH passenger plane was forced to turn back minutes before landing in Paris because the pilot was not qualified to land in fog. Speaking over the address system as the Flybe flight approached Charles de Gaulle airport, the pilot announced to startled passengers “I am not qualified to land the plane” and turned back to Cardiff. A spokeswoman for the low-cost airline said the pilot was “an experienced aviator with more than 30 years commercial aviation experience flying a number of different passenger aircraft types.”
“He has relatively recently transferred his ‘type-rating’ from a Bombardier Q300 to a Bombardier Q400 and has not yet completed the requisite low-visibility training to complete a landing in conditions such as the dense fog experienced in Paris Charles de Gaulle,” she said.
“The captain therefore quite correctly turned the aircraft around and returned to Cardiff; a decision which the company stands by 100 per cent.”
One passenger, 29-year-old Cassandra Grant, said she had missed a job interview in the French capital as a result.
She told the South Wales Echo newspaper: “Twenty minutes outside Paris, the captain said, ‘Unfortunately I’m not qualified to land the plane in Paris. They are asking for a level two qualification and I only have a level five. We’ll have to fly back.
“The whole thing beggars belief. If I had not been on the plane, I would not have believed it.”
The British Civil Aviation Authority described the incident as “quite unusual but probably not unheard of.
“I guess he thought when he initially took off that conditions would be suitable for him to land,” a spokesman said.
“There are different classifications of aircraft and when an aircraft is updated, pilots who have flown an older version have to completely retrain.
“Different climatic conditions like fog require a certain level of skill and he probably didn’t have the level of training required for this particular aircraft.”

---
Responsible pilot (walaupun kurang cekap/bagus).
Tough/best decision made -- considering/ensuring the passengers ultimate safety.
ehem ever heard this >>>
"i'm not qualified to lead the country; and for the sake of the nation........."

Sunday, December 21, 2008

...LASIK, anyone?

LASIK, not LASTIK ok...
LASIK (laser-assisted in situ keratomileusis) is a procedure/surgery meant to correct vision problems.
.
i read with much interest about LASIK in today's Mingguan Utusan (HERE). for those of you wearing specs or contact lens with power more than 300, my advice you better opt for LASIK. first, make sure their (eyes) power is stable for at least 2-3 years, no diabetes and of course - got money in both pockets (other than you must have eyes). yes, LASIK is the most preferred with great success for you yang dah fed-up/hate wearing glasses.
.
(one of the reasons i quit playing rugby was due to eyesight problem (you can't really play good rugby with spec/lens bro...). Without "eyes", you can't catch the ball properly, always fumble and tend to lose the ball. and the coach/teammates cursed you like hell. and before they kick you butt, better for you to quit la...)
.
i did my LASIK for both eyes in 2004 (lupa date...but it was sometime in May/June - still remember my x-boss asked me to go for a biz trip to India, in which i asked for replacement).
.
the lasik procedure was so simple. first, i went to see the (LASIK) doctor, asked for advice. detailed check-up for both eyes especially the thickness of the cornea (kalau nipis - maaf, tak boleh). So, Alhamdulillah my eyes suitable OK for LASIK procedure. Then, block/book for operation day (my case - 2 weeks after that). You must make sure body/health condition is perfect for the D day.
.
The LASIK took about 15 minutes - 7 minutes for each. (during the procedure, a laser countours the cornea). Best....relax je...you will listen the laser doing the job - reshaping your eye lens. WARNING!!! Don't move your head during LASIK ops, otherwise the laser will shoot at your nose or forehead... ohhh stupid act ha ha ha
.
it took almost two weeks to heal completely (my case la, orang lain ada yang satu minggu je...) but to be frank, it didn't limit my daily activities/schedule/work/life. but for better result, don't swim/sunbathe for a month or two. during the period you must put drops in your eyes (supaya mata tak kering).
.
The LASIK cost then was RM3,400 for both eyes. And in today's paper the cost dah jadi RM6K to RM12K... buat duit betui...
.
(...oh ye..the funny thing is that the doctor that LASIK me is still wearing specs, nak wat camana kannnn...)
.
---1 tips nak jaga kesihatan mata -- banyakkan makan carrot/blueberry/kiwi ---

Saturday, December 20, 2008

semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Hajjah Rozimah's daughter Dr. Noor Diana Hj Ismail weds Mohd Iskhandar Muharam.






=====
Halimahtun Sa'adiah Harun & Raja Ahmad Safuan Raja Hussain

Cousins - Pian, Aqidah & Hanif

cak lempung (???)

++++
laaa... Mawi, penyanyi tersohor kesayangan orang Felda & orang Kulay (Kulai), pun kawin hari ni >>> klik SINI

Friday, December 19, 2008

...kalau lah IJN ada jantung...

.
mak aii, kalau IJN ada JANTUNG, sure jantungnya berdebar berdegap-degup akhir-akhir ini. Setakat hari ni bunyi macam OK (esok lusa tak tau la..)
.
alahai SIME DARBY...pehal la pulak nak gi pulun IJN. Malu ah macam ni. takkan nak borong bisnis yang boleh cash cow je...ada orang yang mula kata ini merompak cara moden -- penaya rakyat. IJN kan harta rakyat? Bayangkanlah la ni buat operation belon & buat bypass boleh bayor cuma RM8 je...
.
kawan tak pasti tujuan takeover ni nak buat apa, kalau beriya-iya kata nak improve kawan rasa dak perlu ada penjualan/penswastaan. apa yang perlu/penting cuma tukar mentaliti/cara kerja je. tapi IJN dah OK dah. kawan nampak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen (buat paspot) pun telah berjaya improve, sangat cemerlang, yang diperbaiki ke tahap yang unggul berbanding dulu. memang boleh kalau nak, tak perlu takeover pun.
.
Kalau SD betui-betui nak improve hospital - kawan cadang SIME Darby pi beli/takeover Hospital Parit Buntar . tapi rate mesti tetap mau sama la...

Thursday, December 18, 2008

---???---

Kami hantaq Hanaa pi kursus SOLAT, hari ni dah masuk hari ke-4. Masa pi jemput dia tadi, saya tanya apa Hanaa belajar hari ni.
.
...Abah Hanaa >>> hari ni belajaq pa?
Hanaa >>> he he (ketawa)
...Abah Hanaa >>> habaq la, Hanaa belajaq apa?
Hanaa >>> hari ni belajar korek hidung ngan korek telinga...
...Abah Hanaa >>> hah? belajaq korek hidung? awat jadi lagu tu, betui ka?
Hanaa >>> iye hari ni Hanaa belajar korek hidung sama korek telinga
...Abah Hanaa >>> (saya diam sat...rasa macam nak terkena dah ni...)
.
Hanaa >>> dalam SOLAT Hanaa tak boleh korek hidung ngan korek telinga, nanti SOLAT batal...
.
(pehhh, belajar ingat keyword je...)

Wednesday, December 17, 2008

money for life?

Wednesday, 17 December 2008
Madonna's divorce sums
Madonna has released figures varying by £21 million as to how much estranged husband Guy Ritchie will receive in their divorce settlement.
Madonna has released figures varying by £21 million as to how much estranged husband Guy Ritchie will receive in their divorce settlement.
Guy Ritchie could get £21 million less in his divorce settlement from Madonna.
The singer has released two conflicting statements regarding the payout, sparking confusion over how much the 'RocknRolla' director will receive in total.
The first statement from Madonna's spokesperson Liz Rosenberg, released on Monday (15.12.08), stated Guy would receive between £50 and £60 million in cash and property.
But in a following email to the BBC, Madonna's team claimed Guy would get $60-70 million - which converts to between £39 and £46 million.

Details, click subject.

--

Tanam 150 susuk berlian pikat VIP

KUALA LUMPUR: Persaingan sengit untuk mengejar pelanggan VIP mendorong segelintir pelayan pelanggan (GRO) sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk kelihatan cantik luar biasa dengan memasang susuk berlian di seluruh anggota badan, termasuk kemaluan. Mereka sanggup mengetepikan ajaran Islam yang melarang amalan terbabit semata-mata bimbang pelanggan tetap beralih kepada GRO lain yang lebih jelita dan menggoda. Perbuatan memasang susuk itu didedahkan seorang bekas GRO dikenali sebagai Nita, 20, kepada wartawan Harian Metro yang melakukan siasatan mengenai amalan susuk di kalangan wanita, apatah lagi GRO. Nita mendakwa memasang lebih 150 susuk berlian pada seluruh anggota badan, termasuk 30 susuk berlian di muka dan kemaluan untuk hidup dalam dunia GRO yang serba mewah.
Katanya, dia hidup mewah dengan wang simpanan lebih RM200,000 apabila sering menjadi buruan golongan VIP yang tertipu dengan kecantikan dan layanan istimewanya.

Klik subjek.

---

Bertemu Sheikh Muszaphar
MENERUSI satu temujanji yang diaturkan, saya berkesempatan bertemu dengan Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 26 November lepas.
Ketika itu Sheikh baru tiba dari KLIA. Katanya beliau ke Bintulu untuk menyampaikan ceramah di beberapa buah sekolah di sana.
Pertemuan diatur berikutan wujud beberapa dakwaan pihak tertentu terhadap beliau sebagaimana yang dilaporkan media. Apa pun kita menunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi (Mosti).
Dalam pertemuan yang berlangsung selama dua jam itu, kami tidak diganggu sesiapa. Tiada pengawal, tiada pengiring.

Klik subjek.

---

Madoff's massive dupe

MADRID: Two months after being hammered by the collapse of global investment bank Lehman Brothers, banks and investment funds in Europe are trembling in the face of the massive fraud allegedly perpetrated by New York broker Bernard Madoff.
Private European banks and investors specialised in the placement of high-risk hedge funds could have exposure of up to several billion dollars in the scandal.
Madoff was arrested last Thursday for allegedly defrauding his customers through a giant pyramid scheme, with prosecutors alleging that the 70-year-old, a decades-long veteran of Wall Street, confessed to losing at least US50 billion (RM178.7 billion) in the so-called Ponzi scheme.

Details - click subject

On this & Madoff - TDM kata inilah Pak Man Telo (New York)


---
Makan untuk hidup VS hidup untuk makan.

Tuesday, December 16, 2008

...how malaysian are you?

i post 4 pics, nak test tengok saper boleh teka lokasi/bangunan paling tepat di mana?
(semua gambar adalah di Malaysia)
(pic #1) Mercu tanda di Selatan Tanah Air

(pic #2) "Stonehenge" ni kat mana?

(pic #3) satu tempat di Pantai Timur

(pic #4) dalam sebuah Universiti.
(pic #5) marina? yatch? with ample wet berths -- & so quiet!
.

.
>>> TJ, kalau betul semua, hadiahnya apa?
__
UPDATE 17/12/08 3.49pm:
Aisey, let me cancel pic no. 1, baru nak scoop -- dah keluaq paper...(baru blog semalam, hari ni masuk paper youuu...)
click here the star
& here utusan


& two pics from NST & BH - the new Sultan Iskandar Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex, Johor Bahru

Monday, December 15, 2008

President Bush (in action...!)

Argggghhh President George Bush. Supposed to be press conference, but someone changed to, don't know, cricket practice ground or softball player warming-up? Click HERE.
.
But wonder, how come the Iraqi PM (Nouri al-Maliki) just cool & relax...

AL-FATIHAH: Wak Long kembali ke Rahmatullah

Mohon semua pembaca Islam blog ini untuk hadiahkan Al-Fatihah khas untuk pak sedara saya, Allahyarham Haji Mohd Ali Mejan yang meninggal dunia pada Zohor kelmarin (Sabtu 13/12/08) di Muar. Dan selamat dikebumikan pagi semalam di Perkuburan Islam Bakri Batu 6, Muar.
.
Kami memanggilnya Wak Long (Wak Long Sali), meninggal pada umur 84 tahun dan merupakan Abang yang sulung kepada ibu saya. Ibu saya, kebetulan datang/tinggal/berada di Subang Jaya, selepas Aidil Adha hari itu. Bila saya maklumkan Wak Long meninggal, ibu terus bergegas mengajak kami pulang ke Muar. Ibu saya maklumkan during her last visit tengok abangnya, Wak Long peluk dia erat-erat. Dan itulah pelukan terakhir seorang abang kepada adiknya.

Ya Allah, tempatkan roh Allahyarham bersama-sama golongan orang yang beriman dan sentiasa dalam rahmat-Mu, Amin. Al-Fatihah.
.
(nota: salah seorang anak Wak Long (my cousin) adalah pemilik bersama blog KRJJOHOR (blogroll))

Saturday, December 13, 2008

AL-FATIHAH & TAKZIAH

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Adik Nurul Syafani Jasmi (6 tahun), anak ahli kariah di SS19 ini yang meninggal dunia malam tadi kerana demam. Selesai solat Subuh pagi tadi para jamaah di masjid menyembahyangkannya jenazahnya.
.
Saya terharu melihat ada seorang jamaah memberi kata semangat kepada bapanya yang berada dalam keadaan sedih -- tuan redhakan pemergiannya, Allah menyediakannya sebuah syurga yang akan turut dinikmati oleh tuan di Akhirat nanti.
.
Takziah kepada seluruh kaum keluarganya. Banyakkan bersabar.

Friday, December 12, 2008

Pakej Sistem Pengairan/Siraman Untuk Laman/Rumah

Kami di Dunia Dagang ada menyediakan PAKEJ sistem pengairan bagi menyiram (secara automatik) pokok bunga/tanaman untuk ruang laman / bunga di rumah @ untuk skala kecil / hobi.
.
Untuk makluman, sistem pengairan ini adalah seperti sistem fertigasi (fertigation system) cuma dipakejkan untuk disesuaikan dengan tapak laman berkebun di rumah.
.
Pakej berharga RM500/= ini meliputi bekal & pasang yang merangkumi barang-barang berikut -- 1 unit Timer, Tubing 16mm sepanjang 120 kaki, 1 unit Pam air kecil, 1 unit Tong 200 liter, 50 set dripper lengkap (untuk 50 poin bunga/pasu/tanaman) dan fitting items. Kos transport / pengangkutan adalah percuma bagi rumah sekitar Lembah Kelang (Klang Valley).
.
Jika berminat, boleh hubungi kami (email tajudinms@gmail.com @ hp 017-8824875).
.
Pakej kami ini TIDAK termasuk penyediaan tapak/kawasan, polibeg (putih/hitam pelbagai saiz), media tanaman, tanaman/anak pokok/pelbagai benih, racun (chemical/organic), baja (cairan/bijian) dan rumah kalis hujan (greenhouse), walaupun barangan tersebut memang kami ada membekal/menyediakannya.
Dalam pakej - satu unit je...




Baja / Racun (pesticides) tidak termasuk dalam pakej. Boleh juga guna baja bijian @ baja/racun organik.