Friday, December 26, 2008

hari JUMAAT terakhir

Hari ini ialah hari Jumaat terakhir bagi kedua-dua tahun mengikut HIJRAH (1429) mahupun kalendar MASEHI (2008).
.
Di mana-mana masjid (termasuk di tempat saya) Imam I yang bertugas pada solat Subuh pagi Jumaat akan membaca Surah Sajadah (surah ke-32, yang ada ayat sunat untuk sujud sajadah/tilawah) pada rakaat pertamanya; dan diikuti oleh Surah Al-A'la @ Ad-Dhuha (untuk rakaat ke-2). Tetapi jika Imam II yang bertugas, rakaat ke-2 itu dibacakan dengan Surah Al-Insan (surah ke-76). Dengan bacaan ayat yang merdu di pagi hening memang menambahkan kekusyukkan.
.
Kerana solat Subuh yang panjang pada setiap pagi Jumaat, maka saya tidak pernah membawa Hanif ke masjid pada Subuh Jumaat. Saya risau dia akan muncung sehari suntuk, atau menguap-nguap/tumbang di tengah solat. Yang dah berumur besar panjang pun ramai yang tak datang, apalagi kita nak bawa budak.
.
Ketika membaca ayat ke-15 Surah Sajadah (rakaat pertama, Imam (diikuti MAKMUM) akan terus turun SUJUD - sekali - dan naik semula meneruskan/sambung surah tersebut hingga habis. Bacaan yang sunat dibaca ketika Sujud Sajadah/Tilawah

"Sajada wajhiya lilladzi khalaqahu wa sowwarahu wa syaqqa sam`ahu wa basorahu bi hawlihi wa quwwatihi fatabaarakallaahu ahsanul khaaliqin"
Ertinya: "Sujudlah mukaku terhadap Allah yang menjadikannya, membentuknya, memberi pendengaran dan penglihatan dengan keupayaan dan kekuatan-Nya. Maka berkat Allah, sebaik-baik Pencipta."
.
(Ayat-ayat sujud sajadah yang lain ialah: a. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 b. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 c. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 d. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 e. Surah 19 (Maryam) Ayat 58 f. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 g. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 h. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 i. Surah 27 (An Naml) Ayat 26 j. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15 k. Surah 38 (Shaad) Ayat 24 l. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38 m. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62 o. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21 p. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19)
.
Lanjut BAB SOLAT klik SINI

6 comments:

aaapit said...

Teringat masa zaman duk kat Al-Irshad Kepala Batas..

Anonymous said...

rindu nak solat subuh jemaah pagi jumaat sebab ada sujud sajadah...dulu masa sekolah asrama je ada buat..nak buat sendiri..surah sajadah tak hapal lg..hmm..malu..malu..

Anonymous said...

ini satu artikel kesedaran yang sangat baik. mesti ada fadilat besar kenapa kedua-dua surah itu dibaca setiap solat suboh hari jumaat

tajudin said...

ooo ye Al-Irsyad. Al-Irsyad masih lagi di Kepala Batas atau dah pindah ke nibong tebal/parit buntar?

harap masih boleh hafal lagi As-Sajadah & Al-Insan.

tajudin said...

ujie, pi lah masjid, ambik barakah. banyak masjid yang amalkan surah-surah ini.

tajudin said...

tuan/puan, terimakasih. mai selalu.