Monday, October 27, 2008

offline -- unblogged -- unplugged -- untam saja la...

i will be away for at least 2 weeks w.e.f. tomorrow. may not be able to "plug & blog" as normal.
.

just leave/give your comments here, will read if time permits (don't know got internet access or not, or may be limited access). later la kot....
.

review this blog...& buat revision OK....exam soon...!!!

terimakasih -- (sajak)




TERIMAKASIH

Sentiasa ada sesuatu di dalammu
Jika di laut berisi air
Jika di darat dipenuhi angin
Diketuk berbunyi, mengetuk pun berbunyi

Sentiasa ada semangat di dalammu
Jika bersinar menyilaukan yang lain
Jika berkarat pun masih berguna jua
Dibuang sayang, disimpan sahaja merugikan

Jika dibiarkan terbiar
Lambat laun akan pergi diusung orang
Yang menghantar ke dasar bumi

-tajmosa-

Syawal (10) - Kunjung Ziarah (3)

Bandar Sri Damansara - Kak Cik Ton (right) -- all the way from Seattle, USA -- Kak Cik jangan lupa email gambar Seattle nanti OK... nampak gaya macam tengah bincang camana nak pi Pulau Karimun je...

Hanis, Hanif & Hanaa's uncles - serious discussion!!!

Dato' Seri Talaat & wife dan saudara mara.



Shah Alam


Mak Su Hanaa tengah layan anak sedaranya yang berumur 5 tahun (Along Alia)


Bro Jim (Najim) & adiknya, Wafi


3H punya cousins and pak/mak sedara. Posing untuk blogger.
Abang E & anak buah.

Greenville KGSAAS.

Rumah Izma/Mazuin @ Bukit Jelutong. Aksi apa tu?????



Ni gambar kat mana ni????
Cukup la ye, susah juga nak load semua gambar ni...
Hanaa bagitau dia suka pi rumah Kakak Akidah.
Bila tanya -- kenapa Hanaa suka pi rumah kakak Akidah? Hanaa jawab, rumah Kak Akidah ada ASTRO....

Teroka Ikut Prosedur

Ini sekadar berkongsi peluang yang ada. Jangan diteroka tanah Tenaga Nasional Berhad - TNB tanpa kebenaran, kang tak pasal-pasal kena halau keluar. Meh, ikutlah prosedur yang ada.
.
Kepada mereka yang terlibat dalam projek pertanian dan melihat ada peluang/sesuai untuk diperbesarkan tetapi ada masalah/kekangan tanah (nak beli/sewa tak larat), apa kata (jika projek itu boleh/sesuai) untuk dijalankan di atas tanah di bawah pencawang-pencawang TNB yang ada di sepanjang grid seluruh Negara.


Cuba panjangkan permohonan nak guna tanah TNB dengan
...a. Buat surat rasmi yang mesti nyatakan LOKASI tepat, NO. TIANG/PENCAWANG dan TUJUAN projek tersebut.

...b. Dapatkan pelan lokasi (mesti dilampir pada surat permohonan (a) di atas. Buat 2 salinan. Mana nak dapat? Pi Pejabat Tanah kat mana lokasi tu, contoh tanah pencawang TNB di Gemas, maka pi la Pejabat Tanah Gemas, cakap nak print tapak lokasi (depa akan print A3 harga lebih kurang RM20). Dah dapat tu kasi kalerkan LOKASI.

...c. Ambik gambar (guna kamera, bukan lukisan) tapak LOKASI dan sekelilingnya.
.
.
Hantar di Pejabat TNB berdekatan, dan minta pandangan/nasihat. Kalau di KL/Selangor ni, boleh hantar ke Bahagian Penghantaran TNB (Pengurusan Tanah & Izinlalu – Jab. Pembangunan Aset) @ Bangunan MPE Jalan 223/51A Petaling Jaya.
.
Rasanya, TNB akan berbesar hati kalau korang tolong TNB pelihara/jaga tanah di bawah pencawang tu sebaik mungkin, tak le semak samun buat bela ular….
.

Syawal (9) - Kunjung Ziarah (2)

Helmi Helan (kawan baik - singer satu band rock kapak dengan kawan masa kat U) & his wife, Azura (semua-semua satu U) buat Open House kat Restoran Asam Pedas (RAP) miliknya di Tiara Square, Subang Jaya (project by Titijaya Group) . Lokasi - jalan potong dari USJ3 ke Proton's Centre of Excellence, dekat dengan Faber Castell HQ & Transmark Corp.
.
Helmi/Azura bisnis Asam Pedas Johor (isshh korang ni macam tau je aku suka asam pedas....) restoran buka dari pagi sampai malam...selamat berjaya bro/sis.
.
Amy, kalau orang yang baca blog ni pi RAP, lepaih makan nak bayaq depa sebut nama aku 3 kali, hang boleh bagi diskaun ke kah kah kah...




Syawal (8) - Kunjung Ziarah (1)

Rumah Pak Unggal (Abang Naim)

Kak Yam tengah sibuk susun juadah - DOUBLE TROUBLE. Tahun lepas tak buat open house (kerana kalau tak silap Abg Naim beraya di Hospital kerana operate appendix), so tahun ni Abg Naim + Kak Yam kasi up semua juadah double nak cover tahun lepas punya, kasi jamu semua.



Keluarga Tok Ngah (Tangkak)
Rumah Pak Uda (Ayer Hitam)


Ziarah rumah Atuk - Atuk sedara (Grandma & Grandpa) & Cousins
Hello En. Hanif, kaki kasi turun la...

siap sempat main game...

Mama kucing baru beranak. Rumah Izni siap ada pokok anggur -- berbuah dah...

Ada laman diguna bercucuk tanam -- Rumah Andak Tahar





Sunday, October 26, 2008

HSBC-COBRA Rugby 10s 2008 (1-2 Nov 08 @ PJ)


To all rugby fan (esp in Klang Valley).
2008 COBRA 10s Rugby Tournament next Saturday/Sunday 1-2 November 2008 @ Petaling Jaya Stadium, Kelana Jaya. Ticket -- West Wing - RM20 & East Wing - RM10.
.
COBRA, any participating team to wear PINK jersey?
(..COBRA or NZ, give it a try...)

CHELSEA vs Liverpool

CHELSEA lawan LIverpool malam ni...
Den raso lah CHELSEA akan menang 3 - 1.
Nak baca sini pun boleh >>> KLIK
PESTABOLA MERDEKA. Malaysia dikalahkan oleh Vietnam dalam final malam tadi. Kalah penalti 5 -6. OK la tu....
Yang heran tu, tengah ada PESTABOLA, FAM punya web boleh under maintenance....sabo je la...

Musim Orang Kawin


Bapa pengantin Haji Nisbar (Proton, PHN, HICOM, MTB, DRB-HICOM) baru je beberapa minit menikahkan anak perempuannya. Alhamdullilah, semua dah selamat... lega...


Dua bekas BOSS yang turut sama hadir memeriahkan majlis En. Othman (kanan) & Datuk Abu Samah Bachik (purple)


Upload sikit-sikit je gambar ye... nak masuk semua tak boleh... buat syarat.

Saturday, October 25, 2008

Khidmat Pesanan Awam

I’ve one friendly message to those who take Light Rail Transit System -- LRT (including KTM Komuter and KL Monorel) as their mode of transport from one point to another. Please, kindly shave your armpit hair before choosing/taking LRT. Make it compulsory. The management of LRT shall not allow those with armpit hair (or longer than requirement) to aboard LRT.
---
Translation – Malay/Jawa/Bugis/Banjar (asal boleh faham)
---
Bang/Akak yang naik LRT, korang cukur/cabut le bulu ketiak tu sikit ye…Tapi kalau terlupa (dah busy manjang) atau tak sangka terpaksa naik LRT atau tak perasan bulu ketiak dah panjang, tolong le jangan guna tali gayut dalam LRT tu, pegang je tiang besi tu atau sandar je kat tepi dinding (tapi hati-hati jangan sampai tersungkur).
.
Thank you & Terimakasih.

Thursday, October 23, 2008

food testing - cubalah - pasti tak mengecewakan

cuba try test uji.

Sup berherba (10 herba?) tahap DUNIA... lupa harga lebih kurang RM12/mangkuk besar -- elok sangat dimakan petang khamis oleh kaum ibu dan kaum bapa... Start bisnis petang sampai habis...

Kat mana? Lorong Ara Kiri 3 Depan SA Marakech, Bangsar.... pehhh makan masa hujan pun berpeluh....


Nasi Lemak Tanglin - kat Hospital Tanglin, Bukit Aman...
Nasi Bariani Mohd Shah di Batu Pahat Johor depan Hospital Swasta (lupa pulak namanya) just before jambatan ke Bandar Batu Pahat (kalau dari Muar)...

Jangan lambat sangat mai, pukul 2 petang dah tinggal sisa lah alamatnya...

Mee Rojak -- Capital Cafe -- Depan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) KL


Rojak Petis -- mana lagi, kat Muar le... kat Tanjung Emas. Rojak Petis elok di makan dengan cendol bukannya ABC.


Sup kampung kawah (hanya waktu makan tengahari) - di Masjid Subang Airport, kalau dari Federal Hi-way hala ke Subang Airport, roundabout ambik jam 3, masuk lorong tu 100m jumpa lah warong ni...
.
Elok dimakan bersama ikan bakar + cecah kuah asam....tu je lauk yang ada...(he he he)
.
Hari Jumaat jangan cuba datang makan lunch kat sini...terlampau sesak...


Ikan bakar -- macam-macam ikan bakar -- belakang Istana Kuala Lumpur (jalan apa ye...? Bellamy?)

Mee udang tahap gaban --- SEDAAAPPP --kat Juru Penang, kalau dari KL, keluar ke Auto-City, simpang kiri, balas kiri, lebih kurang 8 km dari simpang tu, tanya orang, mana mee udang yang sedap...saya syorkan yang ini (dia buat bawah rumah -- rumah tinggi, jangan ingat macam main pondok-pondok pulak)
.
Kena selak udang baru nampak mee, satu pinggan ada dalam 10 ekor udang besar dalam gambar tu...rega dalam RM10/pinggan...


Asam pedas yang tiada tandingan adalah di Parit Jawa, Muar. Macam-macam jenis ikan boleh dipilih, fresh baru naik dari laut (al-maklumlah tepi laut...)

Cendol tersohor -- cendol Taiping, jalan stesen keretapi tu...


Nasi Kandar -kalau kat KL ni pi lah Pelita. Tapi kalau pi Penang, apa kata try LINE CLEAR...(tengah-tengah George Town).
.
OK, Cukup le dulu, pi try dulu...