Ada kaki-kaki pancing maklumkan bahawa memancing ikan lagi BEST dari memancing AWEK. Bahkan, memancing ikan lebih tinggi cabarannya dari memancing awek (mak aii... betul ke?)
.Tapi memancing ikan keli tiap-tiap hari mana larat.... So, apa depa buat la ni ialah menternak keli dalam kanvas (ye... kan senang...)
.
.
Kos buat kolam kanvas (berbanding kolam simen/tanah) sangat rendah. Luas setiap kolam kanvas ialah 6'x20'x4' (lebar/panjang/tinggi). Isi air rendah je maksima dalam 2 kaki. Boleh masuk beribu anak ikan sampai besar. Pada peringkat matang, kawan saya ini akan jual ke supermarket/pasaraya/hypermart RM5.50/kilo (dah siap siang) dan RM4.50/kilo (belum siang).
Kepada sesiapa yang berminat, boleh bagi maklumbalas ataupun tengok kat rakan-rakan yang terlibat dalam penternakan ikan (BLOGROLL). Khas kepada mereka yang berminat untuk buat projek di Pantai Timur (dari Kuantan, Pahang -- KT -- Kota Bahru, Kelantan) boleh hubungi rakan saya yang membekal/membuat projek itu di sebelah sana -- En. Wan Rahim (013-9205504)
.
Tips -- (1) nak matikan ikan keli (untuk disiang/dijual) janganlah diketuk-ketuk kepala dengan belakang parang -- naya kat ikan tu (nasib baik ikan tu tak tau nak ludah). Cara yang terbaik ialah taburkan je garam (dalam bekas biru atas tu), sekejap lagi ikan tu pun akan meninggal dunia.
.
(2) air yang selalu ditukar dalam kolam itu boleh diguna untuk siram pokok (buat lah projek tanam sayur kat tepi kolam ikan tu...) idak le membazir..
6 comments:
kos rendah? berapa hengget Bro Din.
masalah aku takder tempat ah Bro. Tanah sekangkang beghuk pun tadak.
benih ni nak amik dari mana?
mu tengok le berapa unit nak buat. tapi dari segi kos memng rendah berbanding buat/gali kolam. tapak boleh guna di bawah rumah, bawah pokok, depan laman, mana-mana yang ada ruang. benih boleh diurus pak...
ada bau tak? maksud kawan, kan buat kat laman kluar bau tak menyenangkan, mampus aku kena hambat gan mak mentua n her daughter. hahahahah
se unit brapa? total kos brapa? brapa lama ikan keli boleh hasil?
bau? kalau selalu tukar air (ikut prosedur) & rajin buang ikan-ikan yang termati, confirm tak berbau.
jangan pasang seunit, tak tiba titik pulang modal. pasal le at least 5 unit. kos bergantung nak hantar/pasang ke mana & bahan esp support (nak guna kayu ke besi). ikan keli matang dalam 4-6 bulan.
Post a Comment