Sunday, August 31, 2008

Ramadhan (3) -- Risalah Ramadhan & Segala Yang Berkaitan

(Hanis, Hanif & Hanaa)
Ramadhan (3)
.
.
Untuk mengetahui segala berkaitan Ramadhan -- Dalil Puasa, Rukun Puasa, yang membatalkan, segala berkaitan solat Tarawih & Witir & Kelebihannya >> sila klik SINI.
.
.

Ramadhan (2) -- Waktu Imsak/Berbuka 2008

(Hanis, Hanif & Hanaa)
Ramadhan (2)
.
.

Untuk mengetahui Jadual Waktu Imsak dan Waktu Berbuka Puasa bagi seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan untuk Ramadhan Tahun ini (1429H @ 2008 M)
sila klik >> SINI.
.
.

Kalau tak (tahun lain @ tempat lain), sila klik Waktu Solat / Solat Time (ikut tempat) di SIDE BAR.
.
.

Ramadhan (1) -- Niat Puasa

(Hanis, Hanif & Hanaa)
Ramadhan (1)






"SAHAJA AKU PUASA ESOK HARI MENUNAIKAN FARDHU RAMADHAN TAHUN INI KERANA ALLAH TAALA"

.

lagi baik pada malam Ramadhan pertama, kita niat sekali untuk sebulan:-

"SAHAJA AKU PUASA SEBULAN DALAM BULAN RAMADHAN TAHUN INI KERANA ALLAH TAALA"

.

MERDEKA - 31 AUGUST & Kanser 318 (sajak)


31 August. Apart from celebrating the 51st National (Merdeka) Day today, i'm also celebrating our 13th W Anniversary. And, coincidentally, a few other important also took place on this date.
.
Share this one.


Kanser 318

Dari jendela ini
Aku melihat
Cerah kelihatan, KLCC
Terang bersinar dilimpahi lampu, cahaya
Meriah rasanya
Pasti tersedia pelbagai acara dan majlis
Menyambut tengah malam gemilang kemerdekaan
Menyambut awal hari keramat negara
Dirai oleh pemimpin dan penduduk kota

Dan disisiku
Terbaring orang tuaku
Yang bergelut dan memperkuatkan semangat
Untuk memerdekakan diri, menentang
Serangan kanser, Tahap 3

Meriah 31 Ogos ini
Hari ulangtahun perkahwinanku dan isteri
Yang ke-9

Dan aku menyambutnya
Di sini

-tajmosa-
31.08.2004
(Institut Jantung Negara)

Saturday, August 30, 2008

Program Jom Makan DEROYAN

Siang tadi sekitar jam 10 pagi -12 tengahari berlangsung Program Jom Makan Durian + Buah anjuran PIBG SIMDE (Biro Kebajikan & Biro Tajaan). Sebanyak lebih 1 tan buah buah-buahan telah dibawa masuk untuk dijamu kepada semua warga SIMDE. Sokongan yang sangat baik daripada semua.
.
Share sebahagian gambar.


Ketua Biro Kebajikan - Ust. Farizal (duduk) bersama (dari kanan) En. Rudy, NYDP - Tuan Syed dan Hj. Kamarudin sedang membuat persiapan & "food testing" memastikan buah semua OK untuk santapan semua. CEMERLANG!!!!
.
Selain durian, ada buah pulasan, dokong, duku, pisang, manggis, rambutan dan ehem, kurma (nak sambut Ramadhan). Semua buah/deroyan (kecuali pulasan, pisang, kurma) dibawa masuk dari Tapah, Perak. Saya memang tak makan durian, so favourite saya kat situ ialah pulasan.


PIBG/parents + CEO, Guru Besar & Guru-guru sentiasa bersepakat.
Parents yang cekap kena masuk tengah... tolong kopek buah deroyan la..
Orang penting program - Ust. Farizal bersama En. Haris (baju merah) - salah satu parent yang ultra-aktif dalam PIBG - (sila lihat blog vox nya dated 30/08/08 - my blogroll - ada gambar-gambar lain) - thank you En. Haris.
anak saper?
anak baju hijau : uncle, saya tak tau nak buka manggis ni...
saya : mak ayah mana?
anak baju hijau : belum tiba lagi... (saya pun tolong bukakan (kopek) manggis)


Pengerusi Yayasan SAMDE - Dr. Tengku Shahrom - gembira dapat durian kucing tidur...!!!
parents yang tak henti-henti "tekan dan tekan dan tekan" pangsa-pangsa durian - kerana bersemangat nak mudahkan kaum ibu ambil/makan. terimakasih bapa-bapa mithali...!
Ketua Biro Perhubungan, Komunikasi & IT PIBG - Pn. Sita Dini (baju purple) bersama seorang lagi sukarelawan kaum ibu yang aktif dalam PIBG - Pn. Sabariah.
2 orang penting Program ini - Ketua Biro Kebajikan bersama Ketua Biro Ekonomi/Tajaan/Sumbangan - En. Hamizan (kanan)

OK. Tahun depan kita buat lagi - Insya Allah. Kita buat Program Jom Makan Buah-buahan dari Tanah Arab pulak... (...apa macam? ok?..)

Friday, August 29, 2008

Majlis FATWA Negeri Johor

Orang Johor memang biasa buat benda ni, lebih-lebih lagi bulan Syaaban, depa pakat-pakat gotong-royong (baguih la tu) lepas tu depa pakat ikat/letak kain putih ni.
.
Fatwa Johor dah keluar.

---

MAKLUMAN TERKINI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Fatwa Negeri Johor telah menyatakan bahawa kain putih adalah dilarang untuk diletakkan di batu nisan bagi setiap kubur atau makam di kawasan perkuburan Islam seluruh Negeri Johor.

---

Teringat Fatwa ini terus teringat satu ceramah di masjid baru-baru ini yang mengatakan hal ini tiada dalam Islam. Penceramah itu (saya lupa namanya) bercerita >>> la ni (bulan Syaaban) banyak gotong royong bersih kubur dan kain putih dililit pada batu nisan.
.
Ustaz ini pernah bertanya kat beberapa orang tua terlibat >>> awat lilit dengan kain putih?
.
Orang yang ditanya menjawab >>> dah orang dulu buat Ustaz, kita pun buat ikut je la...
.
Ustaz >>> tak boleh la macam tu pakcik, tak boleh ikut-ikut. kalau orang dulu letak batang pisang atas batu nisan, kita ikut jugak ke...?
.
Kemudian Ustaz tu pun terangkan keadaan yang sebenar. Batu nisan ada dua, kubur banyak, berlaku pembaziran, ada eloknya kain-kain itu disedekahkan kepada yang lebih memerlukan daripada dibiarkan reput atas batu nisan.

Thursday, August 28, 2008

TAHNIAH DSAI & KEMPEN BN SUDAH BASI

Tahniah & Syabas kepada YB DSAI yang akhirnya bersetuju untuk bersumpah juga di Parlimen pagi tadi...!

pic from DSAI's blog


I read DSAI's AR. In this book published in 1996, DSAI wrote:

"i grew up in a time of great social transformation wherein the interplay of ideas and events coincided with the rise of student activism, religious revivalism and political turmoil. Not content to be a mere bystander, i chose to be an active participant instead.............................i emerged.............................i have no regrets......"
.

.
Ramai pemimpin (pro/anti) bagi pendapat dengan kemenangan DSAI ini. Tapi kawan suka pulok dengar komen YB Muhyiddin - meh tengok.




Don't View Anwar's Victory Lightly, Says Muhyiddin
SINGAPORE, Aug 27 (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) should not take lightly the victory of Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim in the Permatang Pauh parliamentary by-election, said Umno Vice-President Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin said he was concerned that the voters' decision to give victory to the opposition would become a trend."Although it was just a by-election, it could be an indication of a trend that the voters had already decided that they wanted change even if they didn't know what the changes were, and refused to accept BN's leadership," he told Malaysian journalists here.Muhyiddin, who is International Trade and Industry Minister, was here to attend the Asean Economic Ministers Meeting.He said BN and Umno should conduct a post-mortem and take steps to speed up Umno's reinventing process as well as measures to rebrand the BN with new approach more acceptable to the people.According to him, this would require the BN and Umno to re-evaluate whether their approach to campaign was already "stale and no longer acceptable to the people."


===


Menurut beliau, ini memerlukan pendekatan yang perlu dilakukan oleh UMNO dan BN dan menilai semula sama ada cara ia berkempen “sudah basi dan tidak diterima rakyat” lagi. “Ini jelas bahawa kita perlu buat satu perubahan cepat, corak, daya dan perubahan organisasi kita dan cara kita,” kata beliau. Selain itu, kata Muhyiddin, keputusan itu juga menunjukkan bahawa cara berfikir pengundi sudah berubah di mana mereka mahu “satu yang lebih adil, yang tidak berasaskan perkauman, yang berdasarkan profil rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama...UMNO perlu bersedia buat perubahan.” Bagaimanapun, beliau berkata, kemenangan Anwar itu adalah sesuatu yang dijangkakan dan harus diterima kerana ia adalah merupakan suara rakyat. Katanya, kemenangan itu bermakna pengundi di Permatang Pauh sudah membuat keputusan di bawah sistem demokrasi yang perlu dihormati semua pihak. “Mungkin apa pun yang dikatakan tentang Anwar, orang tak percaya dan pengundi tak percaya. Penjelasan yang dibawa oleh pemimpin kita tak diterima, seolah-olah keputusan yang dibuat awal- awal yang mengatakan BN tak akan menang dan PKR akan tahan (mempertahankan) kawasan itu,” katanya. PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam. Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi. Sebanyak 447 undi rosak. – Bernama




-- STALE = BASI --
.
Ini komen yang membina dan paling pedas rasanya. YB TSM bagi komen di Bernama @ Singapore. Ehem, nak tanya YB TSM ni -- basi yang YB refer ni pada content kempen BN/UMNO ke ATAU pada chief yang anchor kempen.
.
Kalau pada content - apakah kerana rakyat jelak kempen melampau, apakah pasai gelagat, ada indication mesej, etc. Dan kalau pada chief - apakah kerana ambik hati , orang atas sendiri , ketuanya sendiri , pukul semua sekali....

.

Maaf cakap, saya sendiri melihat kempen omok-omokan yang berterusan dan keterlaluan media cetak, TV dan radio PUN menjadi penyumbang kempen basi BN ini. Dan ini menambah lagi pengundi meluat sampai nak termuntah.



Monday, August 25, 2008

HUTANG YANG TAK PERLU DIBAYAR (sajak) -&- oFFline

.

HUTANG YANG TAK PERLU DIBAYAR

Merambat larian ke hujung ufuk, lalu tersungkur dipapahi
Tersadai di ampaian rindu yang melulu, lalu terhulur budi terpateri
Gemilang cerah tersembur di mimpi, lalu tercurah rasa hati ditangisi
Berbulan bayu tertitip di perigi sendiri, lalu terhambur kata diselongkari

Ianya terlalu jauh sayangku
Semuda tuamu, tidak ketemu kita titiknya, di penghujung hayat ini

-tajmosa-


.

---


w.e.f today, i will be deep inside the jungle (ohhh, again) for 5 days (final jungle job b4 Ramadhan) -- the possiblity of offline is high....
.
pls do revision (read my old posts), or if you dah hafal semua, please read these "Persiapan Tempuh Ramadhan", "Menyambut Ramadhan Dengan Kesyukuran" & "Ramadhan: Pahala Diganda Keampunan Dibuka" .

Sunday, August 24, 2008

SUNGAI KLAH HOT SPRINGS PARK - SUNGKAI


Sahabat baik saya yang begitu berbahagia menghantar email baru-baru ini berkenaan gambar percutian ke SUNGKAI HOT SPRING @ Sungkai Perak. Lihat gambo.



hot spring jacuzzi
hot water reflexology

fuyyooooo.... masak telur youuu
(warning & hati-hati)





Saya tak pernah pi walaupun pernah pergi ke Felda Trolak dan Felda Besaut. Ada masa boleh lah pi, jenguk hot spring ni. Pernah pi yang kat Hulu Langat & Pedas je.
.
Lusa, kawan baik saya ini akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan Umrah Ramadhan dan akan pulang ke Malaysia pada 7 September. Selamat berangkat, doakan sekali yang terbaik untuk kita di sini.

Saturday, August 23, 2008

ALUMNI SAMURA 2008 AGM

Mesyuarat Agong Tahunan Alumni SAMURA 2008 @ Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
.
Year 2008 is Alumni's election year - to elect the new office bearers - to run/move/uphold Alumni for the period of 4 years. W.e.f today, Alumni is led by Saudara Dr. Azlan Latib (Tolib SPM87) --- Alumni's strong contender for the post, once pro-tem President and active volunteer. He sacrificed his time (and money lorr), came back direct from Sacramento (ohh, too bad, members around Klang Valley still sleeping, got no time to meet friends). Overheard -all meetings after this will be done thru teleconference @ YM -- dasat woo...
.
The 2005-2008 President is now the CEO to Semesta Inc. Berhad (SIB) - Alumni SAMURA's investment arm.
.
All the best.



New President & Main Committee Members + Subs

Dipimpin Untuk Memimpin.
.

Leadership --- the ability to see what no one else sees, to listen when others talk (only), to act when others plan and the ability to be optimistic when others are pessimistic.

Friday, August 22, 2008

Usain Bolt




Agence France-Presse
Friday, 22 August 2008
Bolt bids for golden treble in 4x100 relay
Jamaica's world record-setting double Olympic sprint champion Usain Bolt will look to complete a golden treble Friday in the men's 4x100-meter relay at the Beijing Games.
BEIJING (AFP) -
Jamaica's world record-setting double Olympic sprint champion Usain Bolt will look to complete a golden treble Friday in the men's 4x100-meter relay at the Beijing Games.
Jamaica's path to gold in both the men's and women's relays was smoothed when the United States failed to qualify thanks to botched baton hand-offs in the heats of both.
Bolt, who celebrated his 22nd birthday on Thursday, didn't run in the relay preliminaries, but Dwight Thomas, Michael Frater, Nesta Carter and former 100m world record-holder Asafa Powell secured his chance at a third medal, while Jamaica's dominant women sprinters led the way into their final.



Details click subject.

.



pic from internet
(9.69s world record in the Men's 100m - August 16)

.

1. Happy Birthday Usain Bolt! (if you're a Malaysian, you can easily pocket RM2 million as your birthday present)

2. Why so many sprinters (even long distance runners too) come from Jamaica / African countries?
.
3. If Jamaica can produce 2008 Olympic sprint runner in Beijing i.e. Usain Bolt - will Malaysia send in our own Hussein Dol to compete in 100m 2012 Olympic in London? Boleh? Malaysia Boleh, what?
.

4. So, please double check & "usha" - itu Usain Bolt training kat mana? and his food intake? so that our Hussein Dol can copy - in 4 years - still got time.


Thursday, August 21, 2008

MyKad @ Jabatan Pendaftaran Negara - Shah Alam


Today, we went to JPN Shah Alam. Hanis is due to apply for her MyKad. Jabatan Pendaftaran Negara (Selangor) is located at Aras 7, Plaza Masalam, No.2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E Seksyen 9, 40100 Shah Alam.
.
It took less than an hour for us to complete the MyKad application process. Easy.

.
1) Pi Kaunter Angka Giliran - ambik nombor & ambik borang (actually, you may download MyKad form here) . Ucap selamat kat Pn Rusni Ismail (ramah & mesra 1). Pi duduk.
.
2) Tunggu nombor untuk dipanggil, in the meantime, pls make sure the supporting docs. & copies available i.e birth cert. and parents' i/c. Check also the details - jangan salah jantina anak, agama, bangsa etc.
.
3) Nombor naik. Ke kaunter proses borang & berbual sikit-sikit dengan pegawai bertugas Pn. Afizan Md Dahan (ramah & mesra 2), ambik fingerprint (7x) Hanis dan ambik fingerprint bapa (1x je). Ada resit JPN akan diberi. Double check lagi, jangan salah nama, alamat, tarikh lahir etc.
.
4) Pi Kaunter 18, senyum dan ambik gambo. Puan (forgot her name) (lagi ramah & mesra dari 1 & 2). Kita namakan Puan Amat Ramah Mesra (PARM) .
.
.
PARM: Maafkan saya, maaf ye, lambat sikit. (she noticed we waited more than 3 minutes) .

Bapa Hanis: Tak apa. Pi minum ke? (serkap jarang)

PARM: Tak, saya pergi ke toilet sekejap. Saya kerja seorang je ni (?), yang sebelah ni (Kaunter 17) isteri dia bersalin, dapat cuti 5 hari (yahoo!!)....

Bapa Hanis: Oo tak pe. Memang sejuk aircond sini (tak tau nak cakap apa...lagipun kat luaq memang hujan lebat)

(PARM bagi instruction dengan baik kepada anak saya, untuk ambil fingerprint & gambar)
..
..
..
PARM: OK Encik dah siap

Bapa Hanis: Tak de apa-apa lagi?

PARM: Ya, tak de. Semua OK. Semua ni akan siap dalam sebulan, Encik boleh datang semula sebulan lepas ni untuk ambil MyKad.

..

..

Baguslah JPN Shah Alam. Kekalkan amalan Piagam Peribadi (setiap orang ada satu..) yang ditampal.

lembu punya susu....

oo ye, apa kata Persatuan Penduduk di taman perumahan pakat-pakat bela lembu, boleh dapat daging, boleh dapat susu, boleh dapat kulit, boleh dapat tanduk (perhiasan) & boleh dapat baja organik (selain boleh dapat bau).
.
sebelum tu, meh (jom) tengok ladang ternakan lembu susu peringkat bawah 100 ekor.




Sambil melawat ladang, nyanyi sikit
.

Old Pak Mat had a farm, E-I-E-I-O.
And on that farm he had a cow, E-I-E-I-O.
With a moo moo here and a moo moo there
Here a moo, there a moo, everywhere a moo moo
Old Pak Mat had a farm, E-I-E-I-O.






perah susu lembu (sorry -- perah tetek lembu untuk dapat susu)




stok makanan lembu
aisey TJ Jr., janganlah buat malu abah, sampai tutup hidung....yang lain OK je...




i couldn't remember any malay folk songs on LEMBU @ cow (except copy from Old MacDonald). Jom cuba ni, Kak Pah (Datuk Syarifah Aini) jangan marah plak...

OOOO Lembu ku lari gagah berani,


Ayo lari,


O Lembu ku lari


Lembu ku lari kencang, hati ku sangat girang, kawan-kawan pun riaaaaang



.


Hanif -- tolong la nyanyikan untuk kawan-kawan...

Tuesday, August 19, 2008

CUCUK & TANAM

Ibu bapa perlu dedahkan anak-anak tentang ilmu pertanian - Jeanne
19/08/2008 5:48pm
MELAKA 19 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah meminta golongan ibu bapa agar membuat pendedahan awal kepada anak-anak mengenai ilmu pertanian dalam usaha menarik minat golongan muda menguasai bidang tersebut.
Menurutnya, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan atau program pertanian supaya bidang itu tidak dianggap perkara asing kepada mereka apabila dewasa kelak.
``Selain membantu kerajaan dalam menjayakan program pertanian, usaha ini sekali gus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak,'' katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap melancarkan Program Bumi Hijau peringkat negeri yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini hari ini.
Program itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abd. Rahman.
Kempen Bumi Hijau yang dilancarkan oleh Perdana Menteri bulan lalu bertujuan menggalakkan masyarakat untuk bercucuk tanam dan menternak sendiri ikan, ayam dan itik bagi kegunaan sendiri sebagai usaha mengurangkan kesan kenaikan harga makanan baru-baru ini.
- Utusan

___

Melihat secara positif - usul ini sangat baik bahkan boleh dilakukan dengan syarat ada semangat muafakat. Kalau kat kampung kira OK cadangan ni.
.
Kalau kat bandar, boleh usul melalui Persatuan Penduduk (Residents' Association - RA). Kenalpasti satu tempat di Taman Perumahan untuk buat projek berpusat. Atau untuk kawasan perumahan baru, pemaju kena sediakan 1-5 ekar kawasan untuk RA bercucuktanam & menternak. Gazetkan!
.
Dan, seterusnya, RA sila hubungi saya untuk kita bincang projek apa yang perlu dibuat di situ.

Brief -- Tilawah Al-Quran 2008


Malam ini ialah malam ke-2 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-50. Majlis telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam. Diadakan sehingga 25 Ogos 2008 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun, Kuala Terengganu, Terengganu.

Monday, August 18, 2008

Pervez Musharraf resigned


Agence France-Presse - 8/18/2008 12:36 PM GMT
Musharraf resigns as Pakistan president

Pakistan President Pervez Musharraf resigned on Monday, bringing down the curtain on a turbulent nine years in power to avoid the first impeachment in the nuclear-armed nation's history.
The key US ally, who seized power in a 1999 coup, announced the move in a lengthy televised address, rejecting the charges against him but saying he wanted to spare Pakistan a damaging battle with the ruling coalition.
The departure of the former general set off wild celebrations at home, yet it was far from certain what would come next for a nation whose role in the "war on terror" has been increasingly questioned by Washington.
"After viewing the situation and consulting legal advisers and political allies, with their advice I have decided to resign," Musharraf, wearing a sober suit and tie, said near the end of his one-hour address.
"I leave my future in the hands of the people."

Read details.

.
Pervez Musharraf was born 11 August 1943 (ohh, Happy Belated Birthday, Sir!). He seized power in 1999. He suspended the constitution of Pakistan. He appointed himself to the office of President of Pakistan, in 2001. He jailed/arrested several justices/lawyers/publics. Today, he announced his resignation as President of Pakistan.

.
Sorry to say this -- Sometimes, the end of the journey (or perhaps, the entire route) can be predetermined. Classic example.

Sunday, August 17, 2008

kenduri-kendara jumpa sedara...


gambo-gambo sekitar permulaan musim kenduri-kendara sebelum Ramadhan ... (uhhh, yang kenduri kawin tu, kena banyak bersabor tu bang...). ada orang kata musim saman,....musim jumpa sanak sedara/kaum keluarga/kawan lama)

Kak Yam (Mariyam Asiah) bergambar bersama Raja Sehari & kaum keluarga.
TJ Jr. bersama klik kamceng bapanya di U dulu (ha ha ha semua tengah pikul anak...)

macam-macam cara makan

Hanif & Hanaa tengah memilih beberapa lagu untuk didendangkan secara karaoke khusus kepada semua tetamu jemputan... (acehh, gempaq je lebih...)

antara 2 orang yang sangat banyak membantu kepada pemilik blog ini ketika di awal permulaan menjejakkan kaki ke alam pekerjaan di Lembah Kelang ini. Di sebelah kanan, Shamsuri Rahmat (dah Datuk la ni) & Puan Lily Rahimi.

ADUN Dusun Tua -- YB Ismail Sani di kenduri kahwin.
orang penting memeriahkan majlis ---- apa nak panggil? DJ-win.

pelamin yang cantik.
opssss!!!!
kes terserempak lagi dengan bekas Ahli Parlimen Hulu Langat - juga Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran
Hanif bila dah jumpa sepupu dia (yang lebih kecil) -- mesti dia nak tunjuk keraksasaannya.
saya suka kompang dan suka dengar pelbagai bunyi/irama/nyanyian yang dibawa oleh pelbagai kumpulan kompang. kalau di Johor, siap ada jedor..
di majlis perkahwinan anak kepada sepupu saya, Kak Dah (Faridah Hj Misnan) & Abang Manap (Manap Sarju).

Ahmad Fakhrul Asri Zakaria & Siti Maulana Manap
SELAMAT PENGANTIN BARU - SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT